PANDUAN PENGGUNAAN

Untuk mendengar dan menonton siaran web ini, anda perlu memuat turun applikasi di bawah terlebih dahulu:

Pengguna Windows : Klik Di Sini
Pengguna Mac : Klik Di Sini

Keperluan Komputer Minima:

Windows XP/Vista/7/Server 2003/Server 2008 atau Mac OS X 10.4+
Minima Pentium 4 2.4GHz dan 256MB RAM
Adobe Flash Player 10 (Klik di sini sekiranya anda tiada aplikasi ini atau versi lama)

Keperluan Rangkaian Minima:

Minima jalur lebar berkelajuan 150Kbps atau HSDPA
Fungsi NAT Traversal dibenarkan di Firewall rangkaian anda

Siaran langsung menerusi Internet ini dikuasakan oleh CGYNet Octoshape Assisted Content Delivery Network (Octo-CDN). Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi dan perkhidmatan CGYNet Octo-CDN, sila layari: http://www.cgynet.my

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BANTUAN PENGGUNAAN

Pastikan ikon  muncul di System Tray anda (pada sebelah bawah kanan skrin anda):

1. Sekiranya tidak muncul, sila ikut panduan penggunaan untuk muat turun player
2. Sekiranya muncul, matikan dan hidupkan semula pelayar web anda.

Untuk mendapatkan “playback” yang baik dan lancar, anda memerlukan kelajuan jalur lebar serendah 150kbps. Sekiranya sambungan internet anda tersangat rendah, hasil video yang ditonton juga akan tidak lancar “buffering”. 

SISTEM INI AKAN MENDAPATKAN KUALITI VIDEO YANG BERSESUAIAN DENGAN KELAJUAN INTERNET ANDA SECARA AUTOMATIK. SISTEM AKAN MEGAMBIL MASA 2 3 KALI BUFFERING SEBELUM MENUKARKAN KEPADA KUALITI YANG BERSESUAIAN SECARA AUTOMATIK.
Kaedah yang diperlukan untuk mengenalpasti kelajuan internet :

  1. Sila buat ujian kelajuan internet dengan melayari http://www.speedtest.net >> click “BEGIN TEST”

Pastikan kelajuan internet “download” anda tidak serendah 150kbps ke bawah untuk memastikan video dimainkan adalah  lancar.
Sekiranya anda mengalami masalah ketidaklancaran semasa memainkan video, disini kami syorkan beberapa kaedah penyelesaian :

  1. Sekiranya anda menggunakan sambungan “Wireless” dan video anda “buffering” , cuba gunakan sambungan talian atau dekatkan computer anda dengan “WIFI Router” untuk mendapat liputan yang lebih baik.
  2. Sekiranya anda sedang menggunakan aplikasi yang lain di mana boleh membuatkan penggunaan “bandwidth” yang banyak seperti aplikasi SKYPE atau lebih dari satu “browser”, Sila tutup aplikasi tersebut semasa menonton UTM WEBTV.
  3. Sekiranya anda sedang menggunakan sambungan internet yang dikongsi bersama dengan orang-orang lain, pastikan mereka tidak menggunakan aplikasi yang boleh menyebabkan pengunaan “bandwidth” yang tinggi.
  4. Sekiranya video  masih tidak lancar, sila padamkan aplikasi yang boleh memberatkan penggunaan CPU atau “restart” computer anda. Sebagai tambahan, cuba mainkan UTM WEBTV  di aplikasi “browser” yang berlainan atau kemaskinikan “FLASH PLAYER” untuk versi yang baru.
  5. Sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah ketidaklancaran video WEBTV, sila daftar tiket anda dengan mendaftar di http://www.cgynet.my  atau email ke support@azar.my dan pihak kami akan cuba dapatkan jawapannya secepat mungkin.  Masukkan maklumat seperti di bawah :
1. Sistem operasi
2. Lokasi komputer anda
3. Sekiranya anda berada di bangunan kerajaan atau pejabat, sila sertakan nama organisasi dan nombor telefon ketua unit rangkaian anda.