Error: E:\utusan\html\SpecialCoverage\worldcup2010\en\direct\quotes\FULLP\index.xml is missing!
UTUSAN WORLDCUP 2014 SPECIAL
15/07/2014

Argentina sia-siakan peluang

Argentina sia-siakan peluang

Alejandro Sabella (kiri) bersalam dengan jurulatih Jerman, Joachim Loew selepas Jerman memenangi perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Maracana, Rio de Janeiro semalam. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella kesal kerana anak-anak buahnya melepaskan banyak peluang yang menyebabkan mereka terlepas Piala Dunia kepada Jerman semalam.

Gonzalo Higuain melepaskan peluang untuk menjaringkan gol pada masa separuh pertama, manakala Lionel Messi mensia-siakan peluang pada awal babak kedua.

Sebaliknya Jerman, yang lebih banyak bola, menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan melalui Mario Goetze.

“Ia adalah perlawanan yang seimbang. Mereka lebih menguasai bola, tetapi kami lebih teratur dan mendapat lebih peluang.

“Apabila terdapat peluang yang sangat seimbang, awak perlu mengambilnya. Kami gagal di situ," kata Sabella.

Bagaimanapun Sabella tetap memuji pemain-pemainnya yang perlu memulihkan diri dengan cepat setelah mengharungi perlawanan yang sangat meletihkan dengan Belanda pada separuh akhir.

“Kami bermain sebelum ini hingga ke masa tambahan, saya hanya boleh mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain saya. Apa yang mereka telah lakukan adalah sangat luar biasa dan kami juga mengucapkan tahniah kepada Jerman," katanya.

Argentina gagal memenangi Piala Dunia sejak kali terakhir merangkul kejuaraan pada 1986, tetapi walaupun mereka mempunyai kekurangan, Sabella berkata mereka telah membuat yang terbaik untuk menang.

“Kekalahan ini sangat pahit. Kami mempunyai pasukan hebat yang mara ke perlawanan akhir dan sememangnya kami mahu menang. Untuk menjadi sempurna, kami perlu lebih cekap.

“Mereka (pemain-pemainnya) merupakan pahlawan tapi dari segi bola sepak. Saya ucapkan tahniah kepada mereka, kerana tiada apa lagi yang boleh dilakukan," katanya lagi. - AFP




Utusan Online on Facebook
Rakan Strategik