Error: E:\utusan\html\SpecialCoverage\worldcup2010\en\direct\quotes\FULLP\index.xml is missing!
UTUSAN WORLDCUP 2014 SPECIAL
15/07/2014

‘Super Mario’ bangga bawa kemenangan Jerman

‘Super Mario’ bangga bawa kemenangan Jerman

Penyerang Jerman, Mario Goetze meraikan kejayaan pasukannya muncul juara Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Argentina 1-0 pada aksi perlawanan akhir di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, semalam. - AFP

RIO DE JANEIRO - Penjaring gol kemenangan Jerman, Mario Goetze berkata, jaringannya dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 semalam menghasilkan kegembiraan yang sukar digambarkan.

Ini kerana musim ini sangat sukar bagi dirinya selepas berhijrah ke Bayern Munich.

Jaringan pemain berusia 22 tahun itu, yang memanfaatkan umpanan Andre Schuerrle pada minit ke-113 membolehkan Jerman menjulang Piala Dunia 2014, dan mengecewakan Lionel Messi dan barisan pemain Argentina.

“Perasaan yang sukar untuk digambarkan. Saya tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan perasaan ini. Awak telah menjaringkan gol yang awak sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

“Sudah tentu kemenangan ini akan diraikan oleh pasukan ini dan negara kami. Ini bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan terutama apabila memenangi Piala Dunia di Brazil," kata Goetze.

Goetze yang dimasukkan bagi menggantikan penyerang veteran, Miroslav Klose pada minit ke-88 ternyata tidak mengecewakan kerana kehadirannya memberikan impak besar di bahagian jentera serangan Jerman.

Lebih manis sumbangan gol kemenangan Goetze itu juga menjadikan Jerman sebagai pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di benua Amerika Selatan.

Malah penyerang Bayern itu kini meletakkan namanya sebaris dengan Gerd Mueller yang digelar sebagai ‘Der Bomber’ berikutan jaringannya yang membantu Jerman meraih kejuaraan Piala Dunia.

Mueller turut melakukan perkara sama apabila jaringan tunggalnya membolehkan Jerman Barat menang Piala Dunia pada 1974 di Munich. - AFP




Utusan Online on Facebook
Rakan Strategik