Untitled Document
 
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita

28/03/2009

Siti Zaharah semakin ceria

Siti Zaharah semakin ceria

BEKAS Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Zaharah Sulaiman memang jarang muncul sejak kalah pemilihan jawatan tersebut di tangan Tan Sri Rafidah Aziz pada Perhimpunan Agung UMNO 2000.

Namun keadaan berubah apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya mengalahkan Rafidah dalam perebutan jawatan ketua pergerakan itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang berlangsung kelmarin.

Sejak itu, Zaharah dengan wajah yang kelihatan ceria sentiasa bersama rombongan Shahrizat ke mana-mana sahaja sebagai tanda sokongan kepada barisan baru kepimpinan Wanita UMNO.