DAFTAR
    Utusan Online   Kumpulan utusan   Hubungi Kami   Jom Iklan!   Arkib Berita    

Cerita lucu mengenai kilang tutup, pisang Turki


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menceriakan suasana hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dengan cerita `pisang Turki dan `kilang dah tutup’.

Corat-coret hari terakhir perhimpunan


Terkejut nasi lemak RM7... GARA-GARA Perhimpunan Agung UMNO yang dihadiri golongan kenamaan, ramai peniaga didapati sengaja mengambil kesempatan menjual makanan dua kali ganda daripada harga biasa.

6 tahun pimpin Puteri walaupun cacat


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Walaupun cacat dan menderita sakit urat saraf, Rohana Abdullah, 34, terus mendapat kepercayaan ahli Puteri UMNO Bahagian Teluk Gedung, Perak untuk memimpin bahagian itu.

Hidung Hishammuddin jadi bahan usikan


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hidung Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin menggamatkan sesi penggulungan petang ini apabila beliau menyatakan ia menjadi bahan usikan oleh para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 kali ini.

Jualan lelong pada hari terakhir perhimpunan


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Menjelang berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO ke-58 semalam, suasana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini berubah menjadi sangat meriah apabila para peniaga gerai menga dakan acara `lelongan'.

Pembahas dinilai dan diberi markah


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Ramai yang tidak sedar termasuk pembahas bahawa Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO juga bertindak sebagai juri pemarkahan terhadap setiap perwakilan yang berpidato di hadapan 2,553 orang perwakilan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Makna di sebalik nama Pak Lah


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Di sebalik kesibukan mengendalikan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2007 kali ini, Pemangku Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin sempat memberikan makna kepada setiap huruf pada nama Pak Lah iaitu panggilan untuk Presiden Parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

PM lawat bilik operasi Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meluangkan masa melawat bilik operasi Utusan Malaysia sebelum bermula sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Jeanne luang masa melawat gerai


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Isteri Presiden UMNO, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini meluangkan masa kira-kira sejam melawat gerai-gerai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini yang didirikan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2007.

Puisi Puteri untuk Pak Lah


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Perwakilan Puteri UMNO, Kama Noriah Ibrahim menampilkan kelainan ketika menggulung perbahasan usul agama dan sosial hari ini apabila merangkumkannya dalam bentuk puisi.

Onn Jaafar pejuang Melayu terbilang


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar sebagai pemimpin ulung yang tidak boleh dilupakan oleh bangsa Melayu.

Corat-coret hari keempat perhimpunan


Hilang anak kerana sibuk bersembang... AKIBAT sibuk bersembang dengan rakan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa Perhimpunan Agung UMNO 2007 berlangsung semalam, sepasang suami isteri kehilangan seketika anak mereka yang berusia tiga tahun.

Satu kematian setiap satu saat


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Menurut kajian Kementerian Kesihatan sejumlah 10,000 kematian setiap tahun iaitu satu kematian setiap lima saat dilaporkan akibat penyakit yang berkaitan dengan rokok.

Kain songket pilihan pengunjung


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Songket menjadi produk yang paling laris dijual semasa Perhimpunan Agung UMNO 2007 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Delegasi Kanada dan Indonesia kunjungi PM


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi House of Common, Parlimen Kanada diketuai Speakernya, Peter Milliken.

Lagi »