http://www.utusan.com.my
http://www.umno-online.com
Perhimpunan Agung UMNO:
UMNO2004
UMNO2003
UMNO2002
UMNO2001
UMNO2000 KHAS
UMNO2000

 


24/06/2008

Konsert: Pemuda Pas Selangor tetap bantah

Konsert: Pemuda Pas Selangor tetap bantah

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 23 Jun - Dewan Pemuda Pas Selangor mengugut akan meneruskan demonstrasi semasa perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, 6 Julai ini jika persembahan konsert Ella dan Mas Idayu tidak dibatalkan.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya tetap membantah persembahan kedua-dua penyanyi itu kerana dikatakan tidak sesuai ekoran imej mereka yang tidak sopan, selain dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda daripada segi akidah, budaya serta adat resam orang Melayu.

Menurutnya, Pemuda Pas sebenarnya bersetuju dan menyokong konsep penganjuran hiburan sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2008.

Katanya, jika kerajaan negeri menukar penyanyi lain yang imejnya lebih baik ataupun membuat persembahan mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pendapat mufti, maka masalah itu dikira selesai dan Pemuda Pas tidak akan membuat demonstrasi.

"Jika kerajaan negeri tetap dengan pendirian mereka, kita tetap akan buat bantahan.

"Sepatutnya, kerajaan campuran negeri perlu sensitif dalam hal ini sebelum membuat penganjuran konsert ini ataupun mana-mana persembahan hiburan di Selangor pada masa depan," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Mufti Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Pemuda Pas berhubung bantahannya terhadap konsert Ella dan Mas Idayu yang dijadual diadakan sempena perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam di sini pada 6 Julai ini.

Isnin lalu, Sallehen bersama-sama anggota Dewan Pemuda Pas Selangor mengemukakan memorandum bantahan penganjuran konsert tersebut di Pejabat Menteri Besar kerana dirasakan tidak sesuai kepada cara hidup generasi muda lebih-lebih lagi dengan pemilihan Ella dan Mas Idayu.

Malah, pihaknya turut mengugut akan mengadakan perhimpunan secara aman di depan Stadium Shah Alam jika konsert Ella dan Mas Idayu diteruskan.

Sallehen berkata, Pemuda Pas mahu kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP termasuklah Pas sendiri supaya merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Mufti Selangor serta garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim.

"Rujuklah dengan Jabatan Mufti atau Jakim sebelum merancang sebarang penganjuran persembahan hiburan di negeri itu sama ada di peringkat jabatan termasuklah anak-anak syarikat kerajaan negeri,'' ujarnya.

Ditanya mengenai pertemuannya dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ekoran bantahannya itu, beliau berkata, tarikh pertemuan tersebut masih belum ditetapkan lagi buat masa ini.

Ini kerana katanya, penetapan tarikh berkenaan akan ditentukan oleh kerajaan negeri dan sepatutnya, pertemuan itu diadakan dalam minggu ini.

Hantar sembang ke [email protected] tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
[sembang6]Pemuda UMNO KEDAH harus diberi penekanan terhadap perjuangan UMNO dari peringkat cawangan dengan serius.
[sembang2]bincangkan pasal memertabatkan bahasa kita...masa memperbahaskan usul-usul oleh perwakilan kebanyakannya menyentuh pasal AP.....
[sembang3]Saranan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Melayu menjadi Melayu Glokal tepat pada masa dan situasinya.....
[sembang4]Rafidah's inability to understand why some individuals are asking her to apologise to Tun is a reflection of her insensitivity.....
[sembang5]Orang kampong dah tau, para wakil ke persidangan adalah mereka yang terpilih. Tunjukkan kehebatan berhujjah.....
 
Utusan Malaysia :: Muka Hadapan
Banci Umno
BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...