http://www.utusan.com.my
http://www.umno-online.com
Perhimpunan Agung UMNO:
UMNO2004
UMNO2003
UMNO2002
UMNO2001
UMNO2000 KHAS
UMNO2000

 


28/03/2007

AS tawar RM17j tangkap suspek rakyat Malaysia

AS tawar RM17j tangkap suspek rakyat Malaysia

WASHINGTON 27 Mac – Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sebanyak RM17.25 juta (AS$5 juta) kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan suspek pengganas warga Malaysia yang terbabit dalam beberapa serangan bom di Filipina.

“Setiausaha Negara, Condoleezza Rice menguatkuasakan ganjaran terbaru itu bagi pemberian maklumat yang membawa kepada penangkapan Zulkifli bin Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan,” kata kenyataan Jabatan Negara, hari ini.

Zulkifli dipercayai sebagai “seorang pengganas yang terlibat dalam beberapa serangan bom di Filipina” telah dimasukkan dalam senarai individu yang dikehendaki oleh AS.

Dia dipercayai menyembunyikan diri di Filipina sejak Ogos 2003 dan terlibat membuat bom untuk kumpulan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

“Adik lelakinya iaitu Taufik bin Abdul Halim atau Dany terlibat dalam serangan bom di Jakarta Atrium Mall pada tahun 2001 dan sedang ditahan di Indonesia,” kata kenyataan itu lagi.

– AFP

Hantar sembang ke [email protected] tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
[sembang6]Pemuda UMNO KEDAH harus diberi penekanan terhadap perjuangan UMNO dari peringkat cawangan dengan serius.
[sembang2]bincangkan pasal memertabatkan bahasa kita...masa memperbahaskan usul-usul oleh perwakilan kebanyakannya menyentuh pasal AP.....
[sembang3]Saranan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Melayu menjadi Melayu Glokal tepat pada masa dan situasinya.....
[sembang4]Rafidah's inability to understand why some individuals are asking her to apologise to Tun is a reflection of her insensitivity.....
[sembang5]Orang kampong dah tau, para wakil ke persidangan adalah mereka yang terpilih. Tunjukkan kehebatan berhujjah.....
 
Utusan Malaysia :: Muka Hadapan
Banci Umno
BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...