http://www.utusan.com.my
http://www.umno-online.com
Perhimpunan Agung UMNO:
UMNO2004
UMNO2003
UMNO2002
UMNO2001
UMNO2000 KHAS
UMNO2000

 


22/07/2005

Cabaran orang Melayu untuk mencapai Agenda Nasional Baru

Cabaran orang Melayu untuk mencapai Agenda Nasional Baru

OLEH ZIN MAHMUD

PADA tahun 2020 kelak apabila wawasan negara tercapai, orang akan melihat hari kedua Perhimpunan Agung UMNO Ke-56 semalam sebagai bermakna dan bersejarah.

Sama ada sasaran orang Melayu untuk memperoleh pendapatan satu ringgit bagi setiap satu ringgit yang diperoleh oleh bukan Melayu dicapai atau tidak, semalam tetap mempunyai makna besar bagi orang Melayu.

Mungkin sejarah akan menentukan usul Agenda Nasional Baru (ANB) yang dikemukakan semalam dapat dibariskan dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020.

Lebih-lebih lagi ANB ini merupakan penglahiran semula semangat DEB dan ia dibuat dalam konteks Wawasan 2020.

Kepentingan ANB ini terletak pada kedudukannya sebagai merupakan peluang akhir bagi orang Melayu untuk mencapai kesaksamaan ekonomi.

Sejak Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Rabu lalu, ANB ini telah dikemukakan dan dijelaskan dalam pelbagai ucapan. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengemukakan usul itu dalam sidang Pemuda dengan menyebutnya sebagai melahirkan semula semangat DEB.

Ia menjadi usul ekonomi yang dibawa oleh Pemuda kepada perhimpunan agung ini. Tetapi untuk benar-benar faham tentang agenda ini, ia juga harus dihayati dalam konteks Ucapan Dasar Presiden yang menggariskan perjuangan baru bagi mengubah budaya orang Melayu untuk mampu mencapai kejayaan.

Semasa membentangkan usul ini, Khairy menegaskan bahawa nama agenda itu tidak penting tetapi apa yang perlu adalah ia mesti dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).

Dalam konteks ini, RMK-9 menjadi isu tumpuan kepada perhimpunan ini, seperti mana yang telah diutarakan dalam taklimat presiden sebelum perhimpunan ini.

Bermula dengan ucapan pencadang dari wakil Terengganu, Ahmad Shabery Cheek, perhimpunan ini telah mendengar perbahasan mengenai isu ini.

Justeru, perhimpunan ini menjadi satu mercu tanda bagi sejarah orang Melayu.

Cabaran bagi usaha untuk mencapai ABN ini amat besar kerana jangka waktu yang pendek, hanya 15 tahun dan masalah-masalah yang berkaitan dengan cara hidup Melayu.

Tetapi daripada pengalaman DEB, kelemahan dan kegagalannya untuk mencapai sasaran 100 peratus harus menjadi pedoman bagi mencapai kejayaan kali ini.

Perlu diingat bahawa apabila disebut orang Melayu ia meliputi keseluruhan kaum ini, bukannya ahli UMNO semata-mata. Tidak semua orang Melayu menyertai UMNO tetapi parti ini berjuang bagi pihak orang Melayu.

Mungkin ahli-ahli UMNO faham akan hasrat ABN ini tetapi itu tidak mencukupi. Orang Melayu pada keseluruhannya, sama ada ahli UMNO atau tidak mesti faham tentang hasrat ABN.

Agenda ini merupakan agenda bangsa dan bukannya perjuangan UMNO saja semata-mata. Orang Melayu yang bukan menjadi ahli UMNO perlu diajak juga kerana kejayaan agenda ini memerlukan sokongan dan kerjasama mereka.

Pelaksanaan RMK-9 yang meliputi ABN adalah satu perkara yang mesti dipastikan berjaya. Dalam hal ini, kecekapan kakitangan awam yang juga majoritinya Melayu mesti dipastikan.

Tetapi soal perubahan budaya seperti yang dinyatakan dalam Ucapan Dasar Presiden adalah lebih sukar.

Ada tiga nilai berbentuk subjektif perlu dimiliki oleh orang Melayu untuk mencapai kejayaan ini. Nilai-nilai itu ialah integriti, berilmu dan kerja keras.

Tetapi bagaimanakah hendak melahirkan suatu bangsa yang tahap pembacaan buku mereka masih jauh ketinggalan? Berilmu bukan semata-mata mampu meraih ijazah dan mendapat pekerjaan tetapi juga memiliki sifat dan sikap gemarkan ilmu yang juga seiring dengan memiliki tabiat membaca.

Dalam masa 15 tahun, adakah kita mampu mendidik generasi Melayu yang gemar membaca hingga setaraf dengan piawai global? Ini merupakan satu cabaran besar bagi bangsa.

Begitu juga dengan integriti bangsa. Sememangnya penguatkuasaan peraturan berhubung dengan rasuah merupakan salah satu cara pembanterasan. Tetapi andai kata terlalu banyak orang Melayu terlibat dengan rasuah dan penyelewengan, baik berbentuk kecil mahupun besar, penguatkuasaan ini menjadi kurang bermakna.

Sedangkan nilai kerja keras juga menjadi suatu cabaran untuk dipenuhi dalam menjayakan ANB. Cuba lihat produktiviti orang Melayu termasuk mereka yang menjadi kakitangan kerajaan. Adakah rakyat negara ini sudah berpuas hati mencapai tahap kerja keras mereka?

Hantar sembang ke online@utusan.com.my tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
[sembang6]Pemuda UMNO KEDAH harus diberi penekanan terhadap perjuangan UMNO dari peringkat cawangan dengan serius.
[sembang2]bincangkan pasal memertabatkan bahasa kita...masa memperbahaskan usul-usul oleh perwakilan kebanyakannya menyentuh pasal AP.....
[sembang3]Saranan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Melayu menjadi Melayu Glokal tepat pada masa dan situasinya.....
[sembang4]Rafidah's inability to understand why some individuals are asking her to apologise to Tun is a reflection of her insensitivity.....
[sembang5]Orang kampong dah tau, para wakil ke persidangan adalah mereka yang terpilih. Tunjukkan kehebatan berhujjah.....
 
Utusan Malaysia :: Muka Hadapan
Banci Umno
HANOI 4 April - Malaysia dan Vietnam hari ini sepakat untuk memperbaharui tekad bagi meningkatkan hubungan dua hala dengan mengenal pasti beberapa bidang kerjasama baharu termasuk sektor pendidikan, tenaga...