<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Perhimpunan Agong UMNO 2004
22/06/2008

25,000 ahli NUBE terima pelarasan gaji 17 peratus

25,000 ahli NUBE terima pelarasan gaji 17 peratus

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 21 Jun - Seramai 25,000 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menerima pelarasan gaji sebanyak 17 peratus bermula Julai ini yang akan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM336 juta untuk pembayaran tunggakan gaji dan bonus kepada mereka.

Setiap ahli dijangka menerima tunggakan antara RM4,000 hingga RM17,000 iaitu berdasarkan kiraan 34 bulan bermula 1 Januari 2006 hingga Jun tahun ini.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, ia adalah hasil persetujuan antara Persatuan Bank-Bank Perdagangan (MCBA) dan NUBE untuk memeterai perjanjian bersama (CA) 2006-2008 sekali gus menamatkan kemelut antara kedua-dua belah pihak sejak Ogos tahun lalu.

‘‘Pembayaran tunggakan akan dibuat dalam tempoh sebulan mulai hari ini. Selain pelarasan gaji, terdapat beberapa penambahbaikan lain antaranya pembayaran bonus secara tetap serta kenaikan tahunan yang lebih menarik.

‘‘Berdasarkan sejarah CA NUBE, jumlah kenaikan tahunan pada CA kali ini adalah paling tinggi iaitu RM65 untuk kakitangan bukan kerani, kerani (RM105) dan kerani gred khas (RM135),’’ katanya selepas majlis menandatangani perjanjian CA antara MCBA dan NUBE di Kelab Diraja Selangor, hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

MCBA diwakili oleh Presidennya, Hamidah Naziadin dan Pengarah Eksekutif MCBA, S. Sivagnanam manakala NUBE diwakili oleh Presidennya, S. Sivabalan dan Solomon.

Perjanjian CA berkenaan akan tamat pada penghujung tahun ini. CA itu juga kata Solomon, turut menyaksikan penambahbaikan dari segi meningkatkan kadar elaun serta faedah-faedah perubatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kata sepakat antara MCBA dan NUBE untuk menyelesaikan CA berkenaan ada kaitan dengan usaha Perdana Menteri secara peribadi yang mahukan konflik antara kedua-dua belah pihak diselesaikan segera.

Beliau berkata, peranan Perdana Menteri itu amat dihargai oleh semua ahli NUBE kerana ia memberikan hasil yang amat positif.

‘‘Malah Perdana Menteri ada memberi cadangan supaya pihak bank memberikan elaun kos sara hidup (COLA) sebanyak RM100 pada CA akan datang.

‘‘Bagi kami, ini merupakan cadangan yang amat baik kerana ia memberi manfaat kepada pekerja secara langsung terutama dalam keadaan harga barangan semakin meningkat,’’ ujarnya.

Sementara itu, Hamidah berkata, pihak bank akan membelanjakan RM336 juta untuk pembayaran tunggakan gaji dan bonus kepada semua kakitangan yang layak.

‘‘Tunggakan akan dikira daripada 1 Januari 2006 hingga sekarang,’’ tambahnya.

HANOI 4 April - Malaysia dan Vietnam hari ini sepakat untuk memperbaharui tekad bagi meningkatkan hubungan dua hala dengan mengenal pasti beberapa bidang kerjasama baharu termasuk sektor pendidikan, tenaga...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: online@utusan.com.my