10/04/2008

Idris Jusoh tolak jawatan Exco

Idris Jusoh tolak jawatan Exco

KUALA TERENGGANU 9 April - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menolak tawaran menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di bawah kepimpinan Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Said.

Menurut Ahmad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh memberikan alasan beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap parti dan tugasnya sebagai wakil rakyat biasa.

''Saya menghormati pendirian Idris," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri yang pertama sejak dilantik sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mengenai kedudukan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang hanya dilantik Timbalan Exco, beliau berkata, ia adalah perkara biasa dalam proses pertukaran pucuk pimpinan.

Menurutnya, adalah perkara biasa dalam mana-mana pentadbiran, seseorang itu berada di atas manakala dalam setengah kes pula di bawah.

''Apa yang penting, bekerja dalam satu pasukan dan ada persefahaman," ujarnya.

Dalam penyusunan Exco baru, Ahmad melantik Rosol sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi manakala Din pula Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Dalam pada itu beliau memberitahu, semua Exco tidak dibenarkan menyandang jawatan pengerusi mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata, ia bertujuan memastikan setiap Exco menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas yang diamanahkan.

Katanya, selain itu, anggota Exco serta isteri dan anak masing-masing dikehendaki mengisytiharkan harta bagi memastikan kerajaan negeri sekarang bersih.

Dalam lantikan anggota Exco yang diumumkan beliau hari ini, tujuh muka baru dipilih manakala tiga muka lama dikekalkan.

Tujuh muka baru itu ialah ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar; Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir), Datuk Za'abar Mohd. Adib (Rantau Abang), Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Rozi Mamat (Telemong), Ashaari Idris (Langkap) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit).

Tiga muka lama yang dikekalkan ialah ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, Toh Chin Yaw (Bandar) dan Datuk Abdul Rahin Mohd. Said (Teluk Pasu).

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]