02/09/2007

Guru agama tidak kuasai jawi

Guru agama tidak kuasai jawi

KUALA TERENGGANU 1 Sept. – Kebanyakan guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama di Terengganu dikenal pasti kurang mahir menulis serta membaca jawi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Datuk Rosol Wahid ketika mendedahkan perkara tersebut berkata guru-guru terbabit merupakan lepasan sekolah kebangsaan dan bukan mengajar mata pelajaran agama.

Sehubungan itu, beliau meminta Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi penekanan serius terhadap perkara tersebut kerana tulisan jawi merupakan skrip budaya Melayu yang wajar terus dibudayakan.

“Ini serius... amat serius sebab tulisan jawi mereka terlalu teruk dan ada di antara guru-guru berkenaan tidak tahu membaca jawi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan menulis puisi, cerpen dan seni khat Majalah Al-Fikrah 2007 di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan buku-buku terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Alwi Muhamad.Mengulas lanjut, Rosol berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu mengambil inisiatif bagi memperkasakan tulisan jawi, misalnya menjadikan ia sebagai sukatan pelajaran dalam kalangan pelajar Melayu supaya tulisan jawi tidak hilang ditelan zaman.

Mengenai perkembangan tulisan jawi di Terengganu, beliau berkata, hanya Maidam yang masih menggunakan tulisan jawi dalam buku terbitannya iaitu Al-Fikrah di negeri itu.

Sementara itu, Alwi berkata, sehingga kini, Maidam telah menerbitkan 32 buku bertulisan jawi dalam bentuk makalah dan terjemahan dalam usaha memartabatkan kembali tulisan jawi.

Selain untuk edaran dalam negara, beliau berkata, buku-buku tersebut turut diedarkan ke Singapura dan Brunei.

Pada majlis itu, Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy memenangi hadiah utama kategori penulisan puisi bertajuk Madrasah Kebenaran.

– Bernama

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]