26/04/2007

Pertabalan Agong hari bersejarah bagi rakyat

Pertabalan Agong hari bersejarah bagi rakyat

Oleh YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 25 April – Upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin esok merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia.

Seri Paduka yang diputerakan pada 22 Januari 1962 adalah Yang di-Pertuan Agong termuda dalam sejarah negara.

Kerajaan telah mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di seluruh negara.

Majlis itu yang akan berlangsung dalam suasana gilang-gemilang dan penuh adat istiadat Melayu bakal dihadiri oleh Raja-Raja Melayu, pemerintah-pemerintah negara asing dan pembesar-pembesar dari dalam dan luar negara.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus berbangga kerana Raja Melayu adalah simbol perpaduan dan kekuasaan negara.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan berkata, upacara pertabalan esok telah disusun dengan rapi.

‘‘Peralatan diraja, tengkolok, keris panjang, hiasan dalaman Istana Negara sudah disempurnakan. Semuanya memuaskan dan Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan) juga telah menzahirkan rasa puas hati,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Rais, bilangan jemputan yang hadir pada upacara pertabalan itu ialah 520 orang.

Beliau berkata, para jemputan akan mula hadir di Istana Negara sekitar pukul 8 pagi manakala Raja-Raja Melayu pula akan berangkat tiba kira-kira pukul 9 pagi. Majlis dijangka berakhir pukul 11.30 pagi.

Katanya, sebanyak 21 das tembakan meriam akan dilepaskan sebaik sahaja Tuanku Mizan selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13.

‘‘Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong juga akan didokumentarikan oleh National Geography dan ia akan disiarkan ke seluruh dunia,’’ katanya.

Dalam pada itu, Rais berkata, satu Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Istana Negara pada Jumaat ini.

Selain itu, katanya, satu program yang dikenali sebagai Raja dan Rakyat Berpisah Tiada akan turut diadakan Sabtu ini, pukul 9 malam, di Dataran Merdeka di sini.

‘‘Program itu merupakan malam rakyat dengan raja yang turut diserikan dengan perarakan dan majlis sembah watikah daripada rakyat kepada raja,’’ katanya.

Tambah Rais, sempena pertabalan Tuanku Mizan, satu pameran mengenai sejarah institusi raja dan pemerintahan raja berperlembagaan akan turut diadakan di Muzium Negara pada Ahad ini.

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]