14/04/2007

Kah Kiat letak jawatan

Kah Kiat letak jawatan

KOTA KINABALU 13 April – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat hari ini mengumumkan secara mengejut peletakan jawatannya daripada Kabinet negeri berkuat kuasa Isnin ini.

Ini bermakna selain jawatan Timbalan Ketua Menteri, beliau juga akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri.

Kah Kiat pernah memberitahu akan berundur daripada Kabinet sebelum pilihan raya akan datang iaitu setelah melepaskan jawatan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Julai tahun lalu.

Bercakap pada sidang akhbar khas mengumumkan keputusan itu di sini, beliau berkata, surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah pagi ini.

Kah Kiat berkata, pihaknya juga telah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tetapi tidak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya tidak fikir ia (memaklumkan kepada Abdullah) penting, saya hanyalah seorang pemimpin yang kerdil,” katanya.

Kah Kiat yang memegang jawatan dalam Kabinet negeri selama lapan tahun termasuk dua tahun sebagai Ketua Menteri mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan rakyat Sabah terhadapnya.

Pada Julai tahun lalu, beliau menyerahkan jawatan Presiden LDP kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Liew Vui Keong setelah menyandangnya selama 17 tahun.

Kah Kiat menafikan membuat keputusan itu tergesa-gesa sebaliknya sudah membayangkan tentang pengundurannya sejak dua hingga tiga tahun lalu.

‘‘Bukan mengejut... Saya bukan sesiapa, saya tiada apa-apa dan tidak penting. Saya sudah menyatakan akan cuba meninggalkan (jawatan) secara baik dan terhormat.

‘‘Saya juga sudah menjelaskan kepada ahli-ahli parti LDP mengenai perkara ini dan mereka faham,” ujar beliau sambil memberitahu akan mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapur.

Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan Musa sebagai Pengerusi BN, beliau sekadar berkata:‘‘Saya akan hanya memberi kenyataan yang telah saya sediakan.”

Kah Kiat juga enggan mengulas sekiranya beliau mempunyai masalah dengan pentadbiran kerajaan negeri.

‘‘Saya adalah seorang yang penyabar, saya akan bertahan seboleh mungkin.... Tidak bercakap melainkan terpaksa. Saya akan mempertahankan prinsip ini yang dipegang sebagai ahli politik,” katanya.

Ditanya perkara terakhir yang difikirkannya sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan, beliau menjawab ringkas: ‘‘Prinsip.”

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]