22/09/2004

Corat-coret perhimpunan hari kedua

Corat-coret perhimpunan hari kedua

23/09/2004 1:04 a.m.

APA ADA PADA NOMBOR... BAGI sesetengah orang, mereka akan merasa kecewa jika mendapat nombor yang semakin ke belakang kerana biasanya ia menunjukkan orang itu `tidak pandai' atau tidak hebat.

Jika cerita mengenai nombor itu dikaitkan dengan demam pemilihan dalam UMNO sekarang, lain pula ceritanya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mendapat nombor `47' dalam urutan giliran pemilihan Majlis Tertinggi, tidak menganggap ia nombor tercorot malah berbangga dengan nombor 47 itu yang sama dengan usia kemerdekaan negara.

Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh yang menganggap nombor `27' yang diperolehinya sebagai lambang turunnya `Lailatul Qadar'.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar pula ketika ditanya kenapa pakai baju berlogokan program popular TV3 ``999'' mengaitkan dengan nombor yang diperolehinya iaitu `9' dan usaha gigihnya dalam memerangi jenayah di negara ini.

SEMANGAT TIGA SAYAP UMNO... KAGUM apabila menyaksikan kesemua ahli UMNO tidak kira Wanita, Pemuda mahupun dan Puteri menyanyikan lagu UMNO dengan penuh semangat, meskipun ada yang kelihatan tergagap-gagap.

Lebih menarik, lagu Pemuda turut dinyanyikan oleh ahli Wanita dan Puteri UMNO.

Tetapi terasa janggal pula ketika menyanyikan lagu Wanita dan Puteri UMNO terdapat suara-suara garau lelaki berkumandang sama.

TEPI TANDAS TERBAKAR... INGATKAN ada kebakaran tetapi rupa-rupanya asap yang berkepul-kepul di tepi tandas di PWTC, adalah asap rokok perwakilan dan pemerhati.

Nampaknya, usaha kerajaan menaikkan cukai tembakau, masih gagal mengekang tabiat merokok.

AIR KELAPA MUDA LARIS... GERAI menjual air kelapa muda milik peniaga, Jaafar Osman, 55, mendapat sambutan luar dugaan apabila 250 biji kelapa yang dibawanya di PWTC, habis dijual.

Gerai yang turut menjual pelbagai perisa air buah-buahan sentiasa dikerumuni pelanggan dari kalangan perwakilan UMNO dan pengunjung lain.

Jaafar yang tidak menyangka kelapa muda yang dijual dengan harga RM2.50 itu begitu laris, kelmarin menempah 500 biji dari seorang peraih di Kuala Selangor untuk dijual.

TERIMA KASIH PENULIS BUKU POLITIK... SEKUMPULAN penulis buku-buku politik mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membenarkan mereka menjual buku-buku berkenaan pada Perhimpunan Agung UMNO.

Menurut penulis buku politik, Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali `Pak Habib' mereka hampir dihalau beberapa orang tidak dikenali yang mendakwa diarahkan menghalang penjualan buku seperti itu.

Bagaimanapun setelah perkara itu sampai ke pengetahuan Abdullah, mereka yang menggunakan troli akhirnya diberikan sebuah meja untuk menjual buku tanpa `gangguan'.

HANYA SATU LAPORAN POLIS... POLIS yang menempatkan 1,200 anggota untuk mengawal keselamatan sekitar PWTC, hanya menerima satu laporan daripada orang ramai.

Itupun kes kehilangan beg tangan mengandungi wang tunai, kad kredit dan telefon bimbit perwakilan wanita itu sedang bersembahyang di surau.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Jamaluddin Khalid berkata, keselamatan di PWTC terkawal dan setakat ini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

PEMUDA `MACHE' LUAR BIASA... PENAMPILAN sekumpulan lelaki berpakaian serba oren yang berlegar-legar di beberapa kawasan sekitar Pusat Perdagangan Dunia Putera (PWTC) menimbulkan misteri.

Namun setelah diamati, mereka rupa-rupanya adalah ahli-ahli jawatankuasa kecil Pemuda Bahagian Machang yang cuba menampilkan kelainan tersendiri untuk memeriahkan lagi Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Tertera di bahagian belakang baju yang mereka pakai, `Pemuda UMNO Mache Luar Biasa'.

AIR MATA AZALINA... BEKAS Ketua Puteri UMNO, Datuk Azalina Othman Said gagal mempertahankan imejnya `Pantang Mengalah' apabila menitiskan air mata semasa mengucapkan `selamat tinggal' kepada ahli pergerakan Puteri UMNO.

Reaksi spontan beliau itu menyebabkan Dewan Tun Dr. Ismail diselubungi kesedihan dengan ramai ahli Puteri kelihatan sebak dan menangis.

Walaupun cuba menyembunyikan kesedihan itu dengan tersenyum, beliau tidak dapat menahan tangisan sebaik sahaja Noraini Ahmad memeluknya sejurus selepas menghabiskan ucapan terakhirnya untuk pergerakan itu.

KEMPEN PUNYA PASAL... GARA-GARA terlalu ghairah berkempen, seorang ahli Puteri UMNO terjatuh semasa sibuk mengedarkan kad personaliti calon Exco Puteri.

Kejadian itu menyebabkan ramai di kalangan ahli dan perwakilan UMNO di situ tertumpu kepadanya dengan beberapa rakan-rakannya membantunya untuk bangun semula.

USAHA SAAT-SAAT AKHIR... PELBAGAI usaha dilakukan oleh perayu undi pada saat-saat akhir bagi memastikan calon mereka terpilih pada pemilihan kali ini. Ini termasuklah bertindak sebagai penyelaras di pintu masuk ke dewan.

``Bagi laluan, bagi laluan. Perwakilan hendak masuk,'' kata perayu undi sambil mengarahkan orang ramai memberi laluan kepada perwakilan.

Bagaimanapun usaha itu tidak habis di situ apabila beliau kemudiannya menghampiri perwakilan sambil menunjukkan kad nama calon tertentu sambil berkata: ``Bang...Bang...Jangan lupa nombor ini.''

ALAHAI MAKCIK, TAK PATUT... KEHADIRAN ramai jurugambar yang membuat liputan ucapan dasar Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz menimbulkan perasaan kurang senang para perwakilan.

Mereka bertepuk tangan apabila Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Aishah Ghani menyuruh semua jurugambar keluar sebelum proses pemilihan untuk jawatan yang dipertandingkan dimulakan.

MACAM-MACAM KOPI ADAAAA... KEHADIRAN ramai perwakilan dan pemerhati memberi peluang kepada peniaga-peniaga memperkenalkan produk baru.

Antaranya termasuk Kopi Garam Buluh, Kopi Hijau, Kopi Chaga Siberia dan Kopi Maca yang masing-masing dikatakan memiliki pelbagai khasiat kesihatan.

Kopi Garam Buluh yang popular di Korea, mengandungi zat mineral yang sesuai untuk pengidap diabetes.

Kopi hijau yang sesuai dengan warnanya, dikatakan mampu menyingkirkan toksik dari tubuh dengan kandungan anti-oksidanya.

Kopi Chaga Siberia pula mengandungi ekstrak cendawan yang mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser di dalam tubuh.

Kopi Maca pula mengandungi ekstrak kentang dari Peru yang dapat memberi tenaga tambahan dan daya tahan.

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]