<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Zainal Abidin Zin
Datuk Zainal Abidin Zin
Nama: Datuk Zainal Abidin Zin
Umur: 64
Tarikh Lahir: 7 Mac 1940
Tempat Lahir: Taiping, Perak
Jawatan: Timbalan Menteri Pertahanan
PENCALONAN untuk bertanding pada pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO September ini bukan perkara baru kepada Datuk Zainal Abidin Zin kerana kali pertama beliau mencuba ialah pada tahun 1984. Bagaimanapun cubaan pertamanya itu gagal apabila hanya mendapat 499 undi.

Beliau merupakan antara muka lama dalam UMNO dan kerajaan. Sebagai antara calon veteran yang akan bertanding September ini, ketokohan Zainal Abidin tidak boleh dipandang ringan. "Jikalau saya memenangi jawatan MT kali ini, saya akan berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi demi parti dan negara. "Saya akan berjuang tinggi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan saya daripada golongan muda, tua, puteri dan wanita,'' katanya.

Menurut Zainal, dengan berbekalkan pengalaman politik yang agak lama, beliau yakin ahli UMNO mempunyai keyakinan tinggi terhadap diri beliau. "Perjuangan saya demi parti adalah tinggi dan berharap akan memenangi MT pada kali ini,'' katanya. Pembabitan beliau dalam UMNO bermula sejak tahun 1967 dengan menyertai UMNO Gunung Semanggol.

Sejak itu beliau terus bergiat aktif dalam parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri hingga dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai pada tahun 1980. Pada tahun yang sama beliau dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan pada tahun 1982 menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai.

Beliau sekali lagi menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai pada tahun 1984 dan mengulanginya untuk pemilihan di tahun 1987. Pada tahun 1987, beliau telah dipilih untuk menduduki kerusi MT buat kali pertama setelah mendapat 717 undi.

Pada tahun 1989 beliau menyertai Parti Semangat 46 (S46) dan dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Naib Presiden parti itu pada tahun 1992. Bagaimanapun apabila S46 dibubarkan pada tahun 1996, beliau secara automatik menjadi ahli UMNO.

Kemudiannya, Zainal Abidin diberi kepercayaan sebagai Pengarah, Pidato Perdana Jawatankuasa Menangani Fitnah MT UMNO pada tahun 1999. Namun cubaan beliau untuk kembali ke dalam barisan MT pada tahun 2000 gagal apabila menduduki tempat ke-34 dengan 725 undi.

Pada April 2001 beliau kembali menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai. Zainal Abidin mendapat 64 pencalonan berada di kedudukan ke-28 dari segi senarai pencalonan calon yang akan bertanding jawatan MT September ini.

Jawatan beliau yang pertama di Kabinet ialah sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah pada tahun 1982. Pada tahun 1984 dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dan seterusnya Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1986).

Beliau kembali ke dalam Kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999 sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pada 27 Mac lalu beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. - ANAND KUMAR

Kembali

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]