<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Nama: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Umur: 51
Tarikh lahir: 15 Ogos 1953
Tempat lahir: Pulau Pinang
Jawatan: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Naib Ketua Wanita UMNO
"BAGI wanita dalam politik, kita perlu bekerja keras dua kali ganda daripada lelaki untuk menunjukkan kebolehan dan kewibawaan kita dalam bidang ini,'' kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan orang kuat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita dan institusi kekeluargaan.

Menurut beliau, banyak pengorbanan perlu dilakukan dari segi masa dan tenaga untuk memastikan ahli politik wanita tidak dipandang sebelah mata dan diperlekehkan. Bagi membina kekuatan itu, ramuan yang paling penting adalah memperlengkapkan diri dengan ilmu di samping kekuatan mental dan fizikal.

Maka dengan kekuatan itu, apa jua pandangan dan soalan yang dikemukakan kepadanya berhubung isu-isu wanita dan keluarga dapat dijawab dan ditangani sebaik mungkin.

Misalnya, setiap kali sesi Dewan Rakyat, beliau adalah antara menteri yang sering `diserang' dengan soalan-soalan panas oleh pihak pembangkang terutama bagi isu-isu berkaitan dengan wanita dan masalah sosial. Apabila Shahrizat bangun menjawab soalan, beliau menjawab dengan penuh keyakinan dan gaya tersendiri yang menyebabkan ramai ahli dewan tidak kira di pihak pembangkang atau kerajaan meminta laluan untuk turut serta dalam isu yang dibahaskan.

Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Northam Road, Pulau Pinang pada tahun 60-an, menjelaskan sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan wanita, beliau memikul amanat besar untuk menentukan kemenangan calon wanita bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, bulan depan.

Beliau berkata, sejarah hitam yang menyaksikan semua calon wanita kalah dalam pemilihan MT pada tahun 2000 perlu dielakkan. "Jika perkara itu berulang lagi saya akan tanggung malunya. Saya berdoa perwakilan akan beri ruang kepada wanita, tidak banyak pun yang akan bertanding.

"Kalau kita banding pencapaian politik wanita sebagai pembuat keputusan memang kita ketinggalan dengan banyak negara,'' jelasnya.Di negara lain, katanya, wanita mendapat tempat sebanyak 30 peratus dalam politik, tetapi prestasi seumpama itu tidak dapat dicapai di Malaysia.

"Perwakilan perlu memberikan kepercayaan kepada wanita untuk membolehkan mereka turut serta dalam membuat keputusan berkaitan politik di negara ini,'' katanya.

Shahrizat dipilih sebagai Naib Ketua Wanita UMNO pada pemilihan tahun 2000 setelah berjaya menewaskan Datuk Ainon Khairiyah Mohd. Abbas. Beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 setelah menewaskan calon Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Zainur Zakaria dengan majoriti 1,417 undi.

Shahrizat memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1995 sehingga 1999. Beliau kemudiannya dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum menjadi Menteri Hal Ehwal Wanita yang ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Pada 27 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - FAUZIAH AROF

Kembali

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]