<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Mohd Salleh Said Keruak
Datuk Mohd Salleh Said Keruak
Nama: Datuk Mohd Salleh Said Keruak
Umur: 47
Tarikh Lahir: 10 Julai 1957
Tempat Lahir: Kota Belud
Jawatan: Ahli Parlimen Kota Belud
SEMANGAT ingin terus bekerja dan menabur bakti kepada parti dan negara menguatkan hasrat Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Mohd Salleh Said Keruak untuk mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan September ini.

"Menang atau kalah terletak kepada keputusan para perwakilan untuk memilih calon yang mereka fikir layak kerana pertandingan kali ini cukup sengit, ramai calon yang menawarkan diri,'' katanya.

Beliau yang mempertahankan jawatan MT yang dimenanginya pada 2000 lalu, berkata, kesinambungan perlu diteruskan setelah diberi kepercayaan memegang jawatan itu untuk dua penggal sebelum ini."Saya berterima kasih kerana diberi peluang sekali lagi oleh Badan Perhubungan UMNO negeri yang memberi kepercayaan tinggi kepada saya untuk mewakili UMNO Sabah dalam MT.

"Ini menguatkan semangat saya untuk terus memperkukuhkan UMNO negeri dan membawa orang Melayu khususnya dan negeri Sabah setanding dengan negeri-negeri lain,'' ujarnya. Ditanya mengenai peluangnya, bekas Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu menambah, beliau tidak berani membuat ramalan tetapi berserah kepada kebijaksanaan perwakilan yang akan membuat pemilihan.

Namun, Mohd. Salleh berharap akan mendapat sokongan daripada para perwakilan seperti mana yang diperolehnya sebelum ini untuk terus mempertahankan jawatan tersebut. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Menggatal, dan peringkat menengah di Kolej Sabah, Kota Kinabalu serta menyambung pengajiannya di Vanto Academy, Petaling Jaya, Selangor.

Berkelulusan sarjana Sains Politik dari Universiti Simon Fresco, Kanada, Mohd. Salleh, 47, berkongsi hidup dengan Datin Raya Erom dan mempunyai dua anak, Mohd. Syarulnizam, 17, dan Syazeera, 14. Beliau memulakan karier politiknya sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1985.

Mohd. Salleh kemudian diberi peluang bertanding atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan pada tahun 1987, tetapi tewas kepada Tun Datu Mustapha Tun Datu Harun. Bagaimanapun, pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Pengerusi PBS Bahagian Usukan, tetapi setahun kemudiannya keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Mohd. Salleh berjaya memenangi kerusi DUN Usukan pada pilihan raya 1994 dan pada tahun yang sama, Mohd Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah berkuat kuasa dari 1 Januari 1995 hingga 28 November 1996.

Pada 1996 juga, beliau terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 1996/1999 setelah mendapat tempat ke-23 dengan jumlah 954 undi. Pada pilihan raya 1994 juga, beliau turut memenangi kerusi Parlimen Kota Belud. Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 1998/2001 pada pemilihan parti 1998.

Mohd Salleh berjaya mempertahankan kerusi DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud pada pilihan raya 1999. Beliau juga sekali lagi terpilih sebagai ahli MT bagi penggal 2000/2003 setelah mendapat tempat ke-19 dengan jumlah 993 undi pada pemilihan tahun 2000.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi penggal 2000/2003. Mohd. Salleh sekali lagi menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 2001/2003 dalam pemilihan parti tahun 2001.

Pada pilihan raya 2004 baru-baru ini, Mohd. Salleh mengambil keputusan menarik diri daripada mempertahankan kerusi DUN Usukan dan melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dalam pemilihan baru-baru ini, dengan tujuan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain. Bagaimanapun, beliau dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Belud yang dimenanginya pada pilihan raya itu. - NAZRULLAH ROSLI

Kembali

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]