<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Perhimpunan Agong UMNO 2004
<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Dr. Jamaludin Jarjis
Datuk Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis
Nama: Datuk Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis
Umur: 53 tahun
Tarikh Lahir: 25 Mei 1951
Tempat Lahir: Pekan, Pahang
Jawatan: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahli Parlimen Rompin, Ketua UMNO Bahagian Rompin
AZAM untuk terus memberi sumbangan bermakna kepada parti menyemarakkan semangat Datuk Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan September ini.

Dr. Jamaludin yakin beliau boleh memberi sumbangan kepada kemajuan parti sekiranya terus diberi kepercayaan untuk mewakili ahli-ahli parti dalam jawatankuasa tertinggi UMNO itu. Berdasarkan rekodnya yang memenangi kerusi ahli MT pada tahun 2000 selepas mendapat undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi, Dr. Jamaludin dianggap sebagai salah seorang calon heavyweight untuk mempertahankan jawatan itu.

Kali ini, beliau menerima 115 pencalonan daripada UMNO bahagian di seluruh negara, membolehkannya menduduki tempat ke-19 daripada 64 calon yang layak untuk merebut tempat dalam MT.

Bagi Dr. Jamaludin, pencalonan yang diterimanya merupakan satu penghargaan yang besar daripada ahli-ahli di akar umbi. "Saya berterima kasih kepada semua cawangan dan bahagian yang mencalonkan dan menimbangkan saya supaya terus berkhidmat kepada parti. "Saya berharap akan diberikan kepercayaan untuk terus memberi sumbangan kepada parti semasa pemilihan nanti,'' ujar beliau.

Dr. Jamaludin dianggap sebagai tenaga baru dalam barisan Jemaah Menteri apabila dilantik terus ke jawatan Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Beliau kemudiannya berpindah sementara ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam rombakan kecil Kabinet pada Januari lalu sebelum diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.

Kecemerlangan akademik merupakan perkara utama yang sering ditekankan oleh Dr. Jamaludin. Beliau sendiri memiliki ijazah Sarjana Muda Sains Kelas Pertama dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Institut Sains dan Teknologi di Universiti Manchester, United Kingdom, yang diperolehnya pada tahun 1974.

Tiga tahun kemudian, beliau menggenggam pula ijazah Sarjana Sains dalam bidang yang sama dari Universiti Manitoba, Kanada, sebelum memperoleh Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Elektrikal (Sistem Tenaga) dari Universiti McGill, juga di Kanada, pada 1980. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah elektrik di Institut Teknologi Malaysia pada 1974 sebelum menyambung pengajian di Kanada.

Selepas memperoleh Ph.D, Dr. Jamaludin menyambung perkhidmatan di institut berkenaan yang dinaik taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1984 untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.

Pengalaman serta kepakaran dalam bidang tenaga membolehkan kerajaan memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Bhd., sebagai Pengerusi antara Ogos 2000 sehingga beliau dilantik sebagai menteri penuh. Dr. Jamaludin berpengalaman luas dalam politik dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, masing-masing untuk tempoh 1990-1993 dan 1988-1993.

Selain itu, beliau pernah diberi kepercayaan menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam pada 1994. Terbaru, Dr. Jamaludin memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Rompin bagi penggal 2004/2006 selepas menewaskan penyandang, Datuk Hasan Arifin dengan 267 undi berbanding 186 undi, dalam pemilihan peringkat bahagian pada 11 Julai lalu. Ñ ASUKI ABAS dan KHAIRUNNISA SULAIMAN

Kembali

HANOI 4 April - Malaysia dan Vietnam hari ini sepakat untuk memperbaharui tekad bagi meningkatkan hubungan dua hala dengan mengenal pasti beberapa bidang kerjasama baharu termasuk sektor pendidikan, tenaga...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: online@utusan.com.my