<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Dr. Hilmi Yahaya
Datuk Dr Hilmi Yahaya
Nama: Datuk Dr. Hilmi Yahaya
Umur: 54
Tarikh Lahir: 6 Mac 1949
Tempat Lahir: Balik Pulau
Jawatan: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang
PENGALAMAN mengejut dilamar oleh Pas untuk dicalonkan pada pilihan raya umum 14 tahun lalu masih terpahat dalam ingatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya. Ini kerana ketika perkara itu disampaikan, beliau sudah enam tahun berada dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Balik Pulau.

Bagaimanapun doktor perubatan yang menguruskan klinik miliknya, Klinik Seri Pulau, menolak pelawaan tersebut memandangkan kesetiaan dan perjuangannya terhadap UMNO telah lama dizahirkan. Pada tahun yang sama, Dr. Hilmi ditawarkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang oleh UMNO dan kepercayaan itu dibalas dengan khidmat berterusan kepada parti dan rakyat sehingga diberi kepercayaan menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sehingga sekarang.

Mungkin kerana sifatnya yang mudah tersenyum dan sentiasa bercampur dengan segenap lapisan masyarakat sesuai dengan profesion doktor yang berkembang di sebuah kampung - maka ada pihak yang melontarkan tanggapan berbeza. Kedudukannya sebagai anak sulung kepada bekas guru besar Sekolah Agama Permatang Pasir, Balik Pulau, Yahaya Che Mat atau dikenali sebagai Pak Ngah Yahaya juga mungkin menjadi pemangkin penglibatannya dalam politik.

Menceritakan pengalamannya dalam politik dan kemasyarakatan, Dr. Hilmi, 55, memberitahu, kecenderungan berpolitik sudah berputik sejak di bangku sekolah dan dikembangkan lagi ketika menuntut di Universiti Malaya. "Saya bersama rakan-rakan tidak pernah berhenti berjuang, malah ketika di Fakulti Perubatan iaitu dalam meniti diari kehidupan pelajar yang ketat, kami sempat menubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam Perubatan sebagai wadah kepada pelajar bersuara,'' katanya.

Beliau turut menceritakan pengalaman yang menjadikannya lebih matang iaitu dengan menyelami perjuangan dan syarahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia. "Salah seorang penceramah yang aktif ketika itu juga ialah Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah). Daripada penglibatan awal sehingga sekarang, saya dapat menjiwai apa yang UMNO perjuangkan dan ke mana arah yang perlu kita teruskan perjuangan ini,'' katanya.

Sebab itulah apabila lulus daripada pengajian perubatan di Universiti Malaya pada 1977, tanpa berlengah beliau terus mendaftar sebagai ahli UMNO dan bergiat secara aktif. Dr. Hilmi mempunyai sejarah politik yang berkembang secara perlahan-lahan di peringkat bahagian iaitu bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang selama tiga penggal sebelum beralih angin ke Parlimen Balik Pulau bermula Mac lepas.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal sebelum menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga pilihan raya umum Mac lalu. Sepanjang penglibatannya di peringkat negeri, beliau mempunyai pengalaman menerajui Jawatankuasa Agama Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, Perancangan dan Penyelarasan Program Pembangunan Negeri Pulau Pinang serta pelbagai portfolio lain.

Selaku ketua kepada orang Melayu Pulau Pinang, beliau telah diletakkan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 2000. "Cabaran ketika itu lebih kepada usaha untuk memperkenalkan diri sebagai calon kerana selaku seorang pemimpin peringkat negeri, kita agak sukar bergerak ke negeri-negeri lain dan menjelaskan apa yang kita ingin perjuangkan.

"Bagaimanapun, usaha pertama saya untuk menduduki kerusi MT berjaya setelah mendapat sokongan dan bantuan daripada pimpinan lebih kanan dan mereka yang lebih berpengalaman,'' katanya.Dr. Hilmi yang mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Jamilah Mohd Zain dan dikurniakan lima orang anak turut menganggap amanah sebagai seorang pemimpin dengan tanggungjawab besar itu penting demi memelihara perjuangan yang bakal diwariskan.- NIK KHUSAIRI IBRAHIM

Kembali

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman...

Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected]