05/06/2006

Contohi semangat juang atlet - MB

Contohi semangat juang atlet - MB

ALOR STAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengajak rakyat negeri ini mencontohi semangat juang yang ditunjukkan para atlet dalam Sukan Malaysia ke-11 (Sukma XI) untuk mencapai kejayaan.

Menurut beliau, semangat juang yang kental seumpama itu adalah penting dalam usaha negeri Kedah untuk menjadi negeri yang produktif dan gemilang.

‘‘Marilah kita mengambil semangat atlet-atlet muda dalam Sukma ini untuk membina sebuah masyarakat yang produktif menuju ke arah Kedah gemilang.

‘‘Setiap atlet di Sukma ini telah mengukir nama mereka untuk merencanakan pembangunan jati diri kita,” katanya pada majlis penutupan Sukma XI di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan penutupan temasya sukan dwi tahunan itu yang berlangsung di Kedah bermula 24 Mei lalu dan berakhir semalam.

Pada majlis itu, Kerajaan Kedah menyerahkan bendera Sukma kepada Kerajaan Terengganu yang bakal menjadi tuan rumah sukan itu pada tahun 2008.

Menteri Besar berkata, Kedah terutama rakyatnya memperoleh faedah yang sangat besar apabila menjadi penganjur kepada sukan berprestij itu.

Menurut Mahdzir, Sukma mewujudkan banyak prasarana sukan yang baru bagi kemudahan rakyat negeri ini selain mencungkil bakat-bakat baru dari kawasan luar bandar.

‘‘Oleh itu, kerajaan negeri akan berganding bahu dengan persatuan-persatuan sukan negeri untuk menggembleng tenaga dan pengalaman untuk memajukan aspirasi sukan di Kedah,” katanya.

Pungutan Pingat Keseluruhan
KONT.
MATA
 
SEL
629 53 44 56
 
SAR
507 36 42 55
 
PEN
480 36 40 52
 
PAH
426 39 36 32
 
PRK
415 37 25 33
 
KED
407 30 34 37
 
WP
369 25 31 35
 
SAB
318 26 26 29
 
JOH
255 19 18 28
 
NSE
234 20 16 25
 
TER
181 15 16 18
 
KEL
165 21 13 8
 
MEL
143 11 15 13
 
POL
63 2 9 7
 
PER
19 0 0 6
 
BRU
  0 3 5
 
 
 
WARTAWAN:  
MEOR HARMAN MEOR SHAKRI, MOHD. TAUFEK RAZAK, JOHARI SHAWAL, ZAID MOHD. NOOR, SHARIZA ABDULLAH, DIYANA ROSE KAMALLUDEEN, ROSMAWATI MION
 
JURUGAMBAR:  
AZMAN GHANI, IZHAM JAAFAR, ISMAIL KAMADIN
 
 
© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.