05/06/2006

Zulkifli, Yih Wey atlet terbaik

Zulkifli, Yih Wey atlet terbaik

Olahragawati dan Olahragawan Sukma ke-11, Lew Yih Wey dan Zulkifli Che Ros pada majlis penutupan Sukma XI di Stadium Darulaman, Alor Star, semalam.

ALOR STAR - Badang Pahang, Zulkifli Che Rose dan perenang sensasi Negeri Sembilan, Lew Yih Wey diumumkan sebagai atlet lelaki dan wanita terbaik Sukan Malaysia Ke-11 yang menutup tirainya, semalam.

Pemilihan kedua-dua atlet ini dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wira Azalina Othman Said sebelum upacara penutup berlangsung.

Zulkifli, 21, yang mengambil bahagian dalam acara angkat berat kategori bawah 77kg dipilih berdasarkan kejayaannya bukan sahaja memenangi tiga pingat emas tetapi turut memecahkan rekod Sukma acara snatch, clean & jerk dan keseluruhan.

Turut menjadi kriteria beliau dipilih ialah pencapaian konsistennya mengekalkan pingat emas serta memecahkan rekod yang dilakukannya ketika Sukan Malaysia Ke-10 di Negeri Sembilan dalam kategori 85kg, dua tahun lalu.

Di samping itu, prestasi cukup baik dan jumlah angkatan yang tidak jauh dari rekod kebangsaan (yang dicipta Mohd. Hidayat Hamidon pada tahun 2003) ketika Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Pulau Pinang baru-baru ini turut diambil kira.

Pemilihan Zulkifli bagaimanapun agak mengejutkan kerana mengetepikan perenang Pulau Pinang, Lee Way Joe yang mengutip lebih pingat emas di sini.

Way Joe menang sembilan emas manakala Zulkifli hanya tiga sahaja. Malah jika hendak dibandingkan gimnas Selangor, Kwan Yao Xuen yang meraih pingat emas kedua tertinggi iaitu enam, pencapaian Zulkifli masih jauh lebih rendah.

Pemilihan Yih Wey sebagai atlet wanita terbaik memang sudah dijangka kerana meraih sembilan emas daripada 18 acara renang yang disertainya sepanjang Sukma kali ini.

Perenang berusia 15 tahun itu juga dipilih kerana kejayaannya mencipta tujuh rekod baru Sukma dalam acara 400m gaya bebas, 100m kuak lentang, 200m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 200m rampaian perseorangan dan 800m gaya bebas dan 200m kuak lentang yang turut diiktiraf sebagai rekod baru kebangsaan.

Pungutan Pingat Keseluruhan
KONT.
MATA
 
SEL
629 53 44 56
 
SAR
507 36 42 55
 
PEN
480 36 40 52
 
PAH
426 39 36 32
 
PRK
415 37 25 33
 
KED
407 30 34 37
 
WP
369 25 31 35
 
SAB
318 26 26 29
 
JOH
255 19 18 28
 
NSE
234 20 16 25
 
TER
181 15 16 18
 
KEL
165 21 13 8
 
MEL
143 11 15 13
 
POL
63 2 9 7
 
PER
19 0 0 6
 
BRU
  0 3 5
 
 
 
WARTAWAN:  
MEOR HARMAN MEOR SHAKRI, MOHD. TAUFEK RAZAK, JOHARI SHAWAL, ZAID MOHD. NOOR, SHARIZA ABDULLAH, DIYANA ROSE KAMALLUDEEN, ROSMAWATI MION
 
JURUGAMBAR:  
AZMAN GHANI, IZHAM JAAFAR, ISMAIL KAMADIN
 
 
© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.