28/05/2006

Gangguan elektrik jejas Sukan Malaysia XI

Gangguan elektrik jejas Sukan Malaysia XI

ALOR STAR - Ketika Sukma Kedah menuju ke kemuncak saingannya, temasya edisi ke-11 itu tiba-tiba dikejutkan dengan masalah gangguan elektrik dan kerosakan peralatan semalam.

Hanya selepas empat hari acara yang dipertandingkan berlangsung di sekitar negeri ini, sudah mula nampak wujudnya masalah di beberapa venue pertandingan bukan sahaja yang dinaikkan taraf malah termasuk yang baru dibina.

Ia bermula dengan masalah di Pusat Akuatik Gunung Keriang apabila papan markah elektronik mengalami kerosakan ketika acara terjun hendak membuka gelanggang pada pukul 11 pagi.

Berikutan kerosakan itu, pertandingan tergendala selama satu setengah jam dan kerosakan itu hanya berjaya diperbaiki pada pukul 12.30 tengah hari.

Ini menyebabkan berlaku keadaan kelam kabut untuk menghabiskan acara terjun dengan cepat memandangkan acara akhir renang akan bermula pada pukul 5 petang selepas itu.

Tidak cukup dengan masalah itu, satu lagi gangguan berlaku di Kompleks Sukan Muadzam Shah di pinggir bandar raya ini apabila pusat skuasy di situ terputus bekalan elektrik.

Ini mengejutkan banyak pasukan dan pemain yang sedang bertanding ketika gangguan itu berlaku pada pukul 4.40 petang.

Selepas lebih 20 minit menunggu, kebanyakan penonton mula keluar daripada pusat itu kerana tidak tahan dengan keadaan panas.

Sehingga lewat petang barulah gangguan elektrik itu berjaya dipulihkan tetapi beberapa perlawanan acara berpasukan terpaksa ditangguhkan ke hari ini.

Pungutan Pingat Keseluruhan
KONT.
MATA
 
SEL
629 53 44 56
 
SAR
507 36 42 55
 
PEN
480 36 40 52
 
PAH
426 39 36 32
 
PRK
415 37 25 33
 
KED
407 30 34 37
 
WP
369 25 31 35
 
SAB
318 26 26 29
 
JOH
255 19 18 28
 
NSE
234 20 16 25
 
TER
181 15 16 18
 
KEL
165 21 13 8
 
MEL
143 11 15 13
 
POL
63 2 9 7
 
PER
19 0 0 6
 
BRU
  0 3 5
 
 
 
WARTAWAN:  
MEOR HARMAN MEOR SHAKRI, MOHD. TAUFEK RAZAK, JOHARI SHAWAL, ZAID MOHD. NOOR, SHARIZA ABDULLAH, DIYANA ROSE KAMALLUDEEN, ROSMAWATI MION
 
JURUGAMBAR:  
AZMAN GHANI, IZHAM JAAFAR, ISMAIL KAMADIN
 
 
© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.