Utusan Online
Untitled Document
 
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita


08/11/2008

Larut mahu jumpa Najib

Larut mahu jumpa Najib

IPOH 7 Nov. – UMNO Bahagian Larut hari ini sebulat suara mahu berjumpa dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan isu pencalonan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin untuk bertanding Ketua UMNO Bahagian Larut.

Ketuanya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin Raja Omar berkata, perjumpaan itu penting bagi mendapatkan pandangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk menyelesaikan isu tersebut daripada berlarutan.

Serentak itu, katanya, persidangan perwakilan UMNO bahagian itu yang sepatutnya bermula esok terpaksa ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetap nanti.

‘‘Dalam mesyuarat jawatankuasa UMNO Bahagian hari ini bersetuju untuk berjumpa dahulu dengan Najib secepat mungkin untuk menyatakan pandangan daripada bahagian sebelum persidangan perwakilan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penangguhan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Larut di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Katanya lagi, bahagian itu tetap menolak pencalonan Hamzah untuk bertanding Ketua UMNO Bahagian Larut kerana patuh dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh ibu pejabat parti yang mensyaratkan sebarang pertukaran keahlian perlu dibuat sebelum akhir 2007.

Beliau berkata, keputusan Hamzah untuk bertanding juga telah melanggar Perkara 6 3(8) perlembagaan parti yang menggunakan haknya di Bahagian Larut.


Error: E:\utusan\html\menarik_pilihanraya2008.htm is missing