Utusan Online
Untitled Document
 
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita


20/02/2008

Tidak kisah lawan Nurul

Tidak kisah lawan Nurul

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau tidak kisah menentang siapa juga calon pembangkang yang akan bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menurutnya, beliau telah melalui banyak saingan mempertahankan Parlimen Lembah Pantai termasuk berhadapan dengan calon parti Semangat 46, Tun Mohamad Salleh Abas serta calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainur Zakaria dan Dr. Sanusi Osman.

‘‘Saya telah melalui semua ini, maka sesiapa sahaja boleh datang termasuk Nurul Izzah. Saya anggap Nurul sama seperti anak saya sendiri. Dia sangat muda, jadi apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Gilding the Lily di sini hari ini.

Shahrizat ditanya mengenai pencalonan Nurul Izzah, anak penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di Parlimen Lembah Pantai.

Pada pilihan raya tahun 1995, Shahrizat menang dengan majoriti 13,361 undi menewaskan Mohamad Salleh (S46).

Pada tahun 1999 pula, beliau menang sekali lagi menewaskan Zainur dengan majoriti 1,417 undi dan meraih kejayaan yang sama dengan majoriti 15,288 undi menewaskan Sanusi pada pilihan raya umum 2004.

Shahrizat berkata, beliau tidak fokus dengan kedatangan calon pembangkang di Lembah Pantai kerana yang mustahak adalah perkhidmatannya sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

‘‘Kami tahu apa yang kami telah lakukan terutama dari segi pembangunan dan taraf kehidupan penduduk, jadi penduduk boleh menilainya,” jelas beliau.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum India di Lembah Pantai, beliau berkata, selama ini pengundi India adalah antara yang sentiasa memberi sokongan padu kepadanya.


Error: E:\utusan\html\menarik_pilihanraya2008.htm is missing