11/12/2005

Intipati deklarasi Sidang-Sidang kemuncak ASEAN

Intipati deklarasi Sidang-Sidang kemuncak ASEAN

SIDANG KEMUNCAK ASEAN PERTAMA: (Bali : 23-24 Februari 1976)

DEKLARASI BALI I (BALI CONCORDE)

INTIPATI:

* Mempertingkatkan kerjasama ekonomi dan pembangunan sosial dengan penekanan terhadap keadilan sosial dan peningkatan taraf hidup penduduk-penduduk.

* Pelan bertindak yang dijadikan kerangka kepada kerjasama ASEAN:

- Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara,

- Pendekatan bersama terhadap masalah komoditi antarabangsa dan masalah-masalah ekonomi dunia lain.

- Memperhebat dan memperluaskan kerjasama sedia ada dalam menangani masalah pertumbuhan penduduk di rantau ASEAN dan merangka strategi baru dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.

- Memperkenalkan subjek pengajian ASEAN, negara-negara anggota dan bahasa kebangsaan mereka sebagai sebahagian daripada ko-kurikulum sekolah dan institusi pengajian lain di negara-negara anggota.

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-2: (Kuala Lumpur: 4-5 Ogos 1977)

KENYATAAN BERSAMA MESYUARAT KETUA-KETUA KERAJAAN ASEAN KEDUA KUALA LUMPUR

INTIPATI:

* Mewujudkan satu bentuk hubungan kerjasama yang aman dan bermanfaat dengan semua negara di rantau ASEAN termasuk Kemboja, Laos dan Vietnam.

* Mengalu-alukan syor Majlis Keselamatan PBB untuk memasukkan Vietnam sebagai anggota ASEAN.

* Komitmen kepada program bertindak yang terkandung dalam Perjanjian ASEAN (Bali Concorde) dan mengarahkan usaha-usaha dipertingkatkan bagi memastikan ia mencapai matlamat dan objektifnya.

* Komitmen terhadap usaha memperbaiki akses pasaran di luar ASEAN untuk bahan-bahan mentah, barangan buatan siap dan separa siap.

* Mewujudkan kumpulan perunding bersama dengan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) bagi mengukuhkan kerjasama dengan Kanada, New Zealand dan Australia.

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-3: (Manila: 14-15 Disember 1987)

DEKLARASI MANILA 1987

INTIPATI:

* Mengukuhkan kerjasama ekonomi Intra-ASEAN.

* ASEAN harus kekal dalam usaha menangani penyalahgunaan dadah dan pendatang haram.

* Meningkatkan usaha mencari penyelesaian komprehensif dalam menangani kemelut politik di Kemboja dan rantau Asia.

* Meningkatkan usaha merealisasikan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

* Meningkatkan usaha mewujudkan sebuah Zon Bebas Senjata Nuklear di Asia Tenggara (SEANWFZ).

* Menjalankan pakej rangsangan bagi memperbaiki Perjanjian Perdagangan Utama (Preferential Trade Agreement - PTA)

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-4: (Singapura: 27-29 Januari 1992)

DEKLARASI SINGAPURA 1992

INTIPATI:

* Mencari jalan mempertahankan kepentingan kolektif sebagai respons kepada pembentukan kumpulan-kumpulan ekonomi besar di kalangan negara-negara maju.

* Kerjasama lebih rapat dengan PBB dan masyarakat antarabangsa dalam memastikan pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Damai yang ditandatangani di Paris pada Oktober 1991.

* Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN menggunakan Tarif Keutamaan Efektif Bersama (CEPT).

* Mengiktiraf kepentingan memperkukuh kerjasama dengan negara-negara lain dan organisasi-organisasi ekonomi serantau seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC).

* Menstrukturkan semula institusi-institusi dalam ASEAN termasuk:

a) melantik Setiausaha Agung ASEAN berdasarkan kepada merit dan berstatus menteri.

b) pertemuan rasmi tiga tahun sekali ketua-ketua kerajaan ASEAN.

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-5: (Bangkok: 14-15 Disember 1995)

DEKLARASI BANGKOK

INTIPATI:

* Mengambil langkah konkrit mengukuhkan identiti, semangat dan perasaan komuniti menerusi pembabitan meluas rakyat negara-negara ASEAN.

* Melibatkan diri secara aktif dalam Mesyuarat Asia-Eropah di Bangkok pada 1 dan 2 Mac 1996.

* Menyimpan, memelihara dan mempromosikan kebudayaan dan warisan kesenian sebagai sebahagian daripada kehidupan dan semangat ASEAN.

* Memperkukuhkan kerjasama serantau demi kelangsungan, perlindungan dan pembangunan kanak-kanak dan remaja.

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-6: (Hanoi: 5-6 November 1998)

DEKLARASI HANOI

INTIPATI:

* Memasukkan Kemboja sebagai anggota ke-10.

* Menggalakkan penggunaan meluas mata wang negara-negara ASEAN dalam perdagangan intra-ASEAN.

* Mempromosi usaha menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan secara aman.

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-7: (Bandar Sri Begawan: 5-6 November 2001)

DEKLARASI SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-7 BRUNEI DARUSSALAM TERHADAP HIV/AIDS

INTIPATI:

* Memperkukuh mekanisme serantau, meningkat dan memaksimumkan penggunaan sumber-sumber untuk menyokong tindakan memperluaskan saluran pesakit mendapatkan ubat dan ujian berpatutan terhadap penyakit.

DEKLARASI ASEAN 2001 TERHADAP TINDAKAN BERSAMA MEMERANGI KEGANASAN

INTIPATI:

* Menolak sebarang percubaan mengaitkan masalah keganasan dengan mana-mana agama atau bangsa.

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-8: (Phnom Penh: 4-5 November 2002)

DEKLARASI PERLAKUAN NEGARA-NEGARA DI LAUT CHINA SELATAN

INTIPATI:

* Mengulangi ikrar menghormati dan komitmen kepada kebebasan pelayaran serta penerbangan di atas ruang udara Laut China Selatan.

DEKLARASI SIDANG KEMUNCAK ASEAN PHNOM PENH TERHADAP KEGANASAN

INTIPATI:

* Menyeru masyarakat antarabangsa menghentikan pemberian sebarang bentuk nasihat meminta rakyat tidak melawat atau berurusan dengan negara-negara ASEAN di sebalik ketiadaan bukti kukuh menunjukkan rantau ini bakal diserang oleh pengganas.

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-9: (Bali: 7-8 Oktober 2003)

DEKLARASI PERJANJIAN BALI II (BALI CONCORDE)

INTIPATI:

* Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) akan menjadi kunci kepada pengendalian hubungan antara negara-negara ASEAN.

* Sebuah komuniti ASEAN harus mempunyai tiga elemen utama iaitu politik dan kerjasama keselamatan; kerjasama ekonomi dan kerjasama sosiobudaya dalam memastikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran bersama wujud di rantau ini.

- Mewujudkan Komuniti Keselamatan ASEAN (ASC),

- Mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC),

- Mewujudkan Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC).

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-10: (Vientiane: 29-30 November 2004)

DEKLARASI USAHASAMA ASEAN-INDIA UNTUK KEAMANAN, PEMBANGUNAN DAN KEMAKMURAN BERSAMA

INTIPATI:

* Memperkukuh sistem PBB termasuk sokongan kepada pembaharuan dalam PBB dan institusi-institusi rejim Bretton Woods dengan harapan dapat menjadikan mereka lebih demokratik dan peka kepada keutamaan negara-negara anggota.

* Kerjasama di bidang-bidang seperti pelucutan senjata secara menyeluruh dan pengawalan senjata senjata pemusnah di bawah kawalan ketat antarabangsa.

DEKLARASI ASEAN TERHADAP PENYELUDUPAN MANUSIA TERUTAMANYA WANITA DAN KANAK-KANAK

INTIPATI:

* Mewujudkan langkah-langkah melindungi integriti pasport-pasport rakyat, dokumen perjalanan pegawai, identiti dan lain-lain dokumen perjalanan daripada sindiket penipuan,

* Mengambil tindakan secara paksa sama ada terhadap individu atau sindiket-sindiket terlibat dalam penyeludupan manusia serta memberikan bantuan kepada mereka untuk menghukum pihak-pihak terlibat.

* Menghormati dan melindungi maruah dan hak asasi manusia mangsa-mangsa yang diseludup.


WARTAWAN:
Zaini Hassan, Mohd. Nor Ab. Samad, Mohd. Kamil Yusof, Rozaman Ismail, Kamaruzzaman Mohd, Noraini Razak, Rozilan Salleh, Saidatul Mahiran Rosli, Raja Luvena Sharifuddin, Habibah Omar, Mustapa Kamal Basri, Hata Wahari, Hairulazim Mahmud, Hashnan Abdullah, Herman Hamid, Nazaruddin Saari, Mohd. Syahril Abdul Kadir, Saiful Haizan Hasam, Abdul Muin Sapidin, Johardy Ibrahim, Rosniza Mohamad, Asuki Abas, Suhana Abdul Mutalib, Amran Ahmad

JURUFOTO:

Azli Ahad, Raja Jaafar Raja Ali, Abd Rahman Saleh, Halim Khalid, Mohd Noor Mat Amin, Izham Jaafar, Aswad Yahya, Mohd Zaki Amiruddin, Abdul Razak Aid, Saiful Nizam Bahari, Abdul Nazir Mohammed

© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
Utusan Online