11/12/2005

Tingkatkan integrasi ASEAN

Tingkatkan integrasi ASEAN

Wawancara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan Perdana Menteri, datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Sidang kemuncak ASEAN ke-11 yang bermula hari ini. Wawancara khas itu disiarkan di TV1 malam tadi.

ASEAN mencecah usia 38 tahun, tahun ini dan ini bukan pertubuhan kecil dan mengambil kira rantau ini yang mempunyai lebih 530 juta penduduk dengan keluasan kawasan lebih 4.5 juta km persegi.

Sejak bermula pada 8 Ogos 1967, ASEAN telah mencorakkan bukan sahaja senario politik negara-negara anggotanya, tetapi memberi kesan terhadap aspek yang membabitkan keamanan, perdagangan dan hubungan negara-negara anggotanya sesama sendiri dengan rantau yang lain.

Sudah tentu ASEAN berdepan dengan banyak cabaran dan masalah yang tersendiri dan tentunya ASEAN memerlukan penilaian semula tentang kedudukannya hari ini dalam kerangka suasana geopolitik serantau dan antarabangsa.

Terlalu banyak telah berlaku di antara waktu ASEAN menjadi kenyataan di Bangkok lebih hampir empat dekat yang lalu dengan hari ini. Dan tentu ASEAN harus menangani isu yang jauh lebih kompleks dan mencabar masa kini.

Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-11 yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 12 hingga 14 Disember tentulah istimewa bagi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini merupakan Sidang Kemuncak ASEAN pertama beliau sebagai pengerusi dan Malaysia sebagai tuan rumah. Tema kali ini ialah satu visi, satu identiti, satu komuniti.

Apakah ini gagasan yang hebat dan gah hanya di atas kertas tetapi sukar menjadi kenyataan?

RTM: Datuk Seri, apakah ASEAN masih relevan?

Abdullah: ASEAN masih relevan pada hari ini dan usaha-usaha perlu diambil untuk memperkukuhkan lagi ASEAN.

Dalam usaha untuk menjadikan ASEAN lebih bermakna, berkesan dan menjadi suara sebenar lebih 530 juta manusia, apa pandangan Datuk Seri yang perlu dilakukan dalam konteks hari ini?

Abdullah: Yang perlu dilakukan ialah perlu ada satu perasaan di kalangan anggota ASEAN bahawa ASEAN itu adalah kita punya dan mesti ada satu fahaman bahawa perlu kerjasama kalau kita hendak kekal sebagai ASEAN dan tidak berkecai, dan tidak jadi satu yang timbulkan macam-macam perselisihan yang memecahbelahkan.

ASEAN bermula dengan lima anggota dan kita telah menjadi 10, dengan penambahan anggota ini, adakah masalah agak lebih rumit atau lebih kompleks kerana penambahan ahli-ahli ini?

Abdullah: Ia juga menambah cabaran sebenarnya kerana tentulah pada waktu ini perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh ASEAN lebih besar daripada dulu maklumlah ahli-ahlinya sudah bertambah. Dan kebetulan negara-negara baru Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam berada dalam tahap pembangunan yang kurang daripada ahli-ahli ASEAN dari kumpulan pertama. Dari segi kesepakatan dan rancangan yang hendak dilaksanakan, untuk pembangunan; bagi ASEAN itulah yang mengambil kira faktor ini. Kalau diletakkan target yang sama, tentulah empat buah negara yang baru itu tidak mampu mencapainya. Kita kena sentiasa mempertimbangkan perkara-perkara sebegitu.

Setelah sekian lama, Datuk Seri melihat Sidang Kemuncak ASEAN sebagai Menteri Luar Malaysia, kali ini sebagai pengerusi, apa makna dari segi peribadi dan kepada Malaysia sidang kemuncak yang ke-11 ini?

Abdullah: Pertama: Merupakan satu cabaran untuk menjayakan dan memastikan sidang kemuncak ini berjaya dan berhasil.

Kedua: Saya terlibat dengan ASEAN sebagai Menteri Luar pada tahun 1991, lepas itu kena mempengerusikan mesyuarat ASEAN pertama itu satu peningkatan dari segi peranan dan usaha.

Sidang kemuncak kali ini dilihat agak berlainan dan mempunyai corak-corak khas kerana susulan daripada sidang kemuncak ASEAN ialah Sidang Kemuncak Asia Timur?

Abdullah: Kita bermula dengan persidangan ASEAN dan dengan langkah itu, kita mulakan ASEAN dengan satu visi, satu identiti, satu komuniti, sedikit kelainan apabila ASEAN mempunyai satu kekuatan yang melibatkan para diplomat dan menteri tetapi juga melibatkan anggota negara-negara terlibat, apakah program-program untuk rakyat ASEAN supaya akan ada rasa bahawa ASEAN bukan hanya untuk muafakat para duta, Menteri Luar dan ketua-ketua kerajaan sahaja tetapi lebih daripada itu dan baru boleh lihat tema ASEAN itu. Memang dari ASEAN diberi perhatian sepenuhnya dari segi diplomat dan para duta tetapi makin berubah cara, kini cuba bawa ASEAN kepada rakyat.

Datuk Seri, ASEAN boleh mendekati cara lain dengan apa yang disebut sebagai dipimpin oleh pemimpin atau leader led? Boleh Datuk Seri huraikan?

Abdullah: Pemimpin negara-negara ASEAN yang datang ke sini bermesyuarat mesti berkesempatan untuk berinteraksi sesama mereka, mengemukakan pelbagai pandangan, masalah dan masa depan. Akan ada idea yang akan diluahkan dan akan dibincang dan jika ada sambutan yang baik, ia akan jadi satu cadangan yang akan diikuti dengan tindakan-tindakan yang lain oleh pegawai-pegawai Kanan dan menteri-menteri ASEAN untuk menjayakan apa yang dikehendaki oleh kerja ASEAN.

Apa pandangan Datuk Seri mengenai terhadap kritikan Sidang Kemuncak ASEAN mungkin dikatakan talk shop atau membincangkan perkara-perkara berulang?

Abdullah: Sebenarnya orang tidak pernah menggunakan perkataan talk shop bagi mesyuarat-mesyuarat ASEAN. ASEAN memfokuskan mengenai kerja, program dan rancangan dan tidak melibatkan pakatan yang begitu besar. Apa yang dibuat dijadikan satu rancangan untuk kita jayakan termasuk hal-hal berkaitan ekonomi. Pada peringkat awal dahulu, kita tidak bercakap mengenai ekonomi tetapi lebih concern pada isu penubuhan, isu politik dan isu keselamatan. Pada masa itu, Vietnam juga dilihat sebagai seteru manakala Laos dan Kemboja pula dilihat mempunyai hal-hal lain. Kini ASEAN lebih menumpukan terhadap hal-hal ekonomi dan integrasi.

Berbalik kepada Asia Timur, terdapat persepsi berita-berita yang kononnya Jepun kurang yakin atau komited kepada ASEAN kerana persaingan antara Jepun dengan China. Apa pandangan Datuk Seri?

Abdullah: Itu politik Jepun, tetapi saya yakin Jepun yakin dengan ASEAN, saya tidak nampak Jepun akan lari dari ASEAN. Dengan kehadiran China dalam ASEAN Jepun lagilah akan menganggap kedudukannya dalam ASEAN sangat penting.

Apakah ada perubahan atau pemikiran terhadap doktrin campur tangan negara-negara lain?

Abdullah: Ada suara-suara tersendiri, kita akan melihat pandangan pada peringkat masyarakat, peringkat orang ASEAN. ASEAN kalau hendak jadi satu muafakat yang benar-benar kukuh perlu melibatkan semua lapisan. Kita akan lihat pandangan dan akan beri kesempatan kepada golongan masyarakat untuk berbincang kerana ASEAN akan menjadi milik mereka agar mereka begitu prihatin di masa depan.

Dalam hubungan negara ASEAN, ASEAN bukan pakatan militari tapi mengambil kira ancaman terorisme, apa pandangan Datuk Seri mengenai perkara ini?

Abdullah: Negara-negara ASEAN perlu memberi pandangan, kita tidak bermula dengan pakatan tentera kerana tujuan dan pendapat kita berlainan. Untuk ASEAN menjadi maju dan berjaya, kita mesti memberi perhatian terhadap isu-isu keamanan. Antara sebab ASEAN mampu berjaya jika dibandingkan dengan pertubuhan di dunia, ialah kerana ASEAN berada dalam kawasan tenggara ASEAN yang aman, selamat dan stabil. Itu menggalakkan pelaburan di kalangan negara ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kalangan negara ASEAN.

Pada pandangan Datuk Seri, ancaman yang paling besar yang dihadapi oleh ASEAN pada hari ini?

Abdullah: Ancaman yang terbesar dilihat dari segi keselamatan yang besar ialah cabaran yang ASEAN hadapi dan tentukan sama ada ASEAN boleh survive atau tidak. Yang paling besar ialah cabaran persaingan, ASEAN ingin menjadi kumpulan yang maju yang disokong dalam bidang-bidang pelaburan, perdagangan dan lain-lain. Kemunculan China sebagai negara gergasi politik, ekonomi memberi cabaran yang cukup hebat. Melalui muafakat, maka kekuatan ekonomi ASEAN akan lahir. ASEAN mesti bersatu, integrasi mesti dikukuhkan dan akan nampak sebagai satu unit ekonomi yang mempunyai pasaran 530 juta yang mempunyai penduduk yang boleh dikatakan ramai dan berkebolehan. ASEAN dapat berada dalam satu posisi yang membolehkannya maju, survive dan mampu bersaing.

Apa pandangan Datuk Seri mengenai perdagangan ekonomi ASEAN yang tidak berjaya?

Abdullah: Tidak boleh kata tidak boleh berjaya, intra ASEAN trade hari ini sudah meningkat dan sudah dan kita sudah berani mewujudkan AFTA, AFTA bergantung sejauh mana sesebuah negara mempunyai peranan untuk perdagangan. Jika sesebuah negara tidak ada peranan dalam perdagangan, apa yang hendak dikatakan mengenai trade of free trade, tidak mungkin berlaku oleh sebab trade sudah difahami negara ASEAN sudah mampu mewujudkan kerjasama dan usaha sama dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Ini satu bukti yang ekonomi ASEAN merupakan ekonomi yang berkembang dengan jumlah nilai perdagangan negara ASEAN sesama negara ASEAN.

ASEAN as strategic partner and not competitor to China, apa pandangan Datuk Seri?

Abdullah: China bukan satu ancaman tapi cabaran, itu yang pertama. Yang kedua China ialah satu peluang bagi ASEAN yang mahu membangun dalam bidang ekonominya. Maka banyak yang perlu kita usahakan dalam bidang pelaburan, negara China banyak dikunjungi oleh FDI (Pelaburan Langsung Asing) dan kita perlu berusaha untuk menarik FDI datang ke ASEAN dan dengan ini berlaku persaingan dengan negara China. Persahabatan China dan ASEAN dalam konteks ASEAN + 3, akan memberi kerjasama yang lebih hebat dan membolehkan kita saling bantu-membantu agar kita boleh menikmati kejayaan.

Bahagian komuniti ASEAN apa pandangan Datuk Seri?

Abdullah: Komuniti ASEAN akan lahir sebagai satu proses revolusi apabila rancangan-rancangan ASEAN yang ada hubungan dengan AFTA mempunyai hubungan muafakat bilateral sesama anggota, dilihat sebagai satu gambaran atau satu rangkaian kerja yang mengukuhkan lagi ekonomi masing-masing dan membantu ke arah kelancaran untuk mengejar matlamat `ASEAN Free Trade Asia' (AFTA) itu. Dengan ada kombinasi bergerak di bawah AFTA dan bilateral yang akan lahir ialah kumpulan ASEAN yang sangat rancak dalam bidang ekonomi dan secara langsung akan dilihat sebagai ASEAN komuniti. Tapi tidaklah dalam bentuk yang berlaku di Eropah. Tapi saya tidak nampak bagaimana ASEAN boleh menjadi satu organisasi seperti EU dengan parlimennya. Tetapi perkara itu tidak mustahil berlaku di masa akan datang di mana ASEAN Parlimen mungkin wujud.

Adakah ASEAN boleh menjadi seperti EU di satu masa nanti?

Abdullah: Tidak mustahil berlaku. ASEAN boleh menjadi seperti EU. Kini pun ada IPO, ASEAN Intra- Parliamentary Organisation belum lagi Parlimen ASEAN seperti di Eropah. Mungkin itu akan membawa wujudnya Parlimen ASEAN itu. Jadi waktu ini kita tidak bekerjasama ke arah itu tetapi yang pentingnya ialah kita meneruskan usaha-usaha meningkatkan persefahaman permuafakatan antara ASEAN, itu yang penting dan melihat kita satu entiti yang besar, yang populationnya yang besar, pasaran yang besar yang akan beri kita segala kebaikan, advantage jika kita bertindak untuk membawa kemajuan di wilayah Asia.

Apa pandangan Datuk Seri dalam mewujudkan time zone sendiri buat ASEAN?

Abdullah: Ada empat buah negara yang mempunyai time zone yang sama, yang lain mungkin akan menerima satu time zone tetapi tidak semudah itu.

Perkara ini juga ada dalam agenda ASEAN dan akan sentiasa disebut dalam setiap kali perjumpaan.

Apa usaha memperbaharui jurang perbezaan ekonomi negara-negara ASEAN?

Abdullah: Satu rancangan bina upaya bagi negara anggota yang sedang membangun. Jika dilihat Vietnam lebih membangun berbanding Laos, Kemboja, Myanmar terima pelbagai bantuan, Vietnam juga kini punyai hasil minyak daripada sumber asli di mana Petronas sendiri terlibat dalam pembangunan sumber di Vietnam dan diterima di sana?

Bagaimana untuk menubuhkan regionally integrated automobile industry?

Abdullah: Bagi meningkatkan kapasiti, jika dibina dapat dijadikan syarikat motor gergasi ASEAN. Tetapi ASEAN juga boleh membangunkan industri komponen yang menyediakan segala keperluan komponen automobil dan dapat diperoleh dengan harga yang lebih rendah yang boleh di mana-mana negara ASEAN.

Sidang kemuncak kali ini terbesar pernah diuruskan oleh Malaysia? Boleh Datuk Seri huraikan?

Abdullah: Bagi menguruskan persidangan ASEAN merupakan satu cabaran bagi pihak polis dari segi keselamatan tetapi Malaysia mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan persidangan besar dan diharap persidangan ASEAN berjalan lancar. Dalam ASEAN banyak agenda iaitu:

1. ASEAN Summit

2. Summit ASEAN+3

3. Summit East Asia

4. Summit Bilateral Meeting

5. Summit ASEAN+Russia

Apa yang diharap daripada usaha ini yang diharap dapat beri semangat baru dalam ASEAN?

Abdullah: Persidangan kali ini berhasil dan berharap dapat capai apa yang diharapkan. Itu yang paling mencabar.

Harapan Datuk Seri terhadap sidang baru Asia Timur?

Abdullah: Biar berhasil sebab anggota-anggotanya sudah dikenali. Oleh itu senang hendak diuruskan kerana merupakan rakan-rakan ASEAN dan persefahaman juga sudah ada dan akan lebih selesa dalam perbincangan untuk capai kejayaan yang diharapkan dan menjamin masa depan yang lebih baik untuk Asia Timur.

Apakah para pemimpin ASEAN komited untuk menjadikan organisasi itu berjaya?

Abdullah: Semua anggota ASEAN mahu ASEAN berjaya, tetapi perlu pelbagai usaha dan inisiatif untuk mencipta kejayaan.

Apa masalah negara-negara ASEAN sendiri yang boleh diselesaikan secara mesyuarat?

Abdullah: Tiada masalah kerana sudah lama, pada permulaan ada masalah dari segi cabaran atau saingan dari segi ekonomi. Bincang kompetitif atau daya saing atau bina peluang pelaburan, dapatkan pasaran untuk produk-produk bagaimana tingkatkan keupayaan agar produk yang dihasilkan berkualiti dan dapat meningkatkan pasaran, bawa kepada pendekatan untuk sama-sama bersaing. Persoalannya adakah pegangan itu akan jejas muafakat ASEAN yang akan bawa kita kepada satu peraturan yang perlu dipatuhi melalui AFTA.

Datuk Seri, adakah ASEAN masih mempunyai semangat setia kawan?

Abdullah: Semangat setia kawan masih ada realitinya kita perlu bersaing.

Adakah ASEAN terlalu menjaga hati masing-masing?

Abdullah: Memang menjaga kerana semangat bantu-membantu amat penting, seperti kita membantu Vietnam, Laos dan Kemboja dari segi pengajaran bahasa Inggeris dan sebagainya.

Jika terlalu polite, adakah akan berhasil?

Abdullah: Antara prinsip yang membawa kepada satu hubungan tidak campur tangan dalam hal masing-masing tetapi asalkan kita boleh bekerjasama menjadikan ASEAN organisasi yang berjaya dan membawa cabaran baru bagi menangani masalah dari segi hubungan yang konstruktif.

Apa yang boleh dibuat oleh sembilan negara ASEAN untuk membaiki situasi di Myanmar?

Abdullah: Kita perlu utamakan apa yang selesa dengan cara kita agar wujud kekuatan daripada kerjasama. Muncul sebagai kumpulan ekonomi yang besar dan berjaya, berdaya maju dan berdaya saing. Beri kemakmuran bagi ASEAN. Kita juga berhubung dengan negara-negara luar seperti Eropah dan Amerika Syarikat, rakan dialog ASEAN, mereka boleh suarakan pandangan. Kita juga mendengar apabila akhirnya Myanmar membuat pilihan untuk tidak menjadi tuan rumah bagi persidangan yang akan datang dan diberikan kepada Filipina.

Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan engagement begitu constructive?

Abdullah: Jika ada masalah berkesan, semua itu sudah dapat diselesaikan, kita perlu berbincang agar jalan penyelesaian dapat dicari.

Adakah proses pendemokrasian atau pertumbuhan ekonomi lebih utama bagi Myanmar?

Abdullah: Myanmar aktif dalam bidang pembangunan ekonomi tetapi dalam proses pendemokrasian lebih mengikut cita rasa sendiri sehingga ke peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri memperkatakan isu tersebut.

Ada sesetengah negara tidak patut berada dalam ASEAN kerana faktor geografi? Apa komen Datuk Seri?

Abdullah: Memang tidak dinafikan terdapat sesetengan negara yang tidak sesuai dari segi geografinya, tetapi semangat kerjasama ada untuk menguntungkan kawasan ASEAN maka terdapat kewajaran untuk membuat kerjasama.

Peranan ASEAN di masa akan datang?

Abdullah: Bergantung kepada negara-negara ASEAN, komitmen kita perlu untuk mewujudkan ASEAN.

Oleh kerana kita akan menjadi tuan rumah dan Datuk Seri menjadi pengerusi, apakah harapan dan impian Datuk Seri untuk memastikan membawa ASEAN kepada satu level menghidupkannya pada satu kerangka yang baru.

Abdullah: ASEAN masih mempunyai tenaga muda untuk diperkasakan. Kita memberi ruang untuk para pemimpin berbincang dan berinteraksi bagi membentuk masa depan yang baik dan boleh diikuti.


WARTAWAN:
Zaini Hassan, Mohd. Nor Ab. Samad, Mohd. Kamil Yusof, Rozaman Ismail, Kamaruzzaman Mohd, Noraini Razak, Rozilan Salleh, Saidatul Mahiran Rosli, Raja Luvena Sharifuddin, Habibah Omar, Mustapa Kamal Basri, Hata Wahari, Hairulazim Mahmud, Hashnan Abdullah, Herman Hamid, Nazaruddin Saari, Mohd. Syahril Abdul Kadir, Saiful Haizan Hasam, Abdul Muin Sapidin, Johardy Ibrahim, Rosniza Mohamad, Asuki Abas, Suhana Abdul Mutalib, Amran Ahmad

JURUFOTO:

Azli Ahad, Raja Jaafar Raja Ali, Abd Rahman Saleh, Halim Khalid, Mohd Noor Mat Amin, Izham Jaafar, Aswad Yahya, Mohd Zaki Amiruddin, Abdul Razak Aid, Saiful Nizam Bahari, Abdul Nazir Mohammed

© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
Utusan Online