Muka Hadapan
Hala Tuju UKM
Penyelidikan
Pengantarabangsaan
Kualiti
Sejarah
Alumni
Pencapaian
 
 

Untitled Document
Hala tuju UKM

Alumni UKM di persada antarabangsa

Oleh LUKMAN ISMAIL

SEJAK ditubuhkan 35 tahun lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak henti-henti melahirkan ribuan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pelbagai bidang.
Alumni UKM kini banyak menduduki jawatan penting dalam perkhidmatan awam, berjaya dalam bidang politik, korporat dan perniagaan dan tidak kurang juga yang berbakti kepada UKM sendiri.
Salah seorang alumni yang boleh dibanggakan ialah Prof. Dr. Lokman Saim, 


PROF.DR.LOKMAN SAIM memberi penerangan kepada Timbalan Menteri Perpaduan Negara, 
Datuk Dr. Tiki Anak Lafe tentang bagaimana 
proses implan koklea dilakukan sambil 
diperhatikan oleh tiga kanak-kanak yang telah menerima rawatan tersebut semasa Seminar Bermasalah Pendengaran, Harapan Untuk Mendengar Dan Bertutur, di HUKM tahun lalu.

Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) merangkap Dekan Fakulti Perubatan UKM.
Pada 14 Disember 1995, Dr. Lokman telah berjaya menjalankan pembedahan implan koklea ke atas seorang remaja berusia 15 tahun, Ang Boon Su yang cacat pendengarannya.
Pembedahan itu mencatatkan sejarah dalam perubatan negara kerana ia merupakan pembedahan implan koklea pertama di rantau ini dan mengubah kehidupan orang yang cacat pendengaran.
Manakala bagi UKM pula, sejarah tercatat kerana pembedahan itu dijalankan oleh para pakar lulusan UKM di bawah Pasukan Implan Koklea UKM yang diketuai oleh Dr. Lokman.
Kejayaan tersebut membolehkan remaja yang mengalami kepekakan teruk pada kedua-dua telinganya itu dapat mendengar dan bercakap, malah telah berjaya menamatkan pengajiannya di universiti baru-baru ini.
``Ang Boon Su adalah pesakit pertama di Malaysia yang menjalani implan koklear dan sehingga kini kami telah berjaya menjalankan pembedahan ke atas 135 pesakit,'' kata Dr. Lokman dalam satu temubual di pejabatnya baru-baru ini.
Hasil kejayaan tersebut, beliau sehingga kini menjadi `buruan' beberapa hospital di rantau Asia untuk menjadi perunding dalam pembedahan implan koklea.
Antara pembedahan yang telah dilakukan di luar negara termasuk di Lahore dan Karachi di Pakistan, Brunei Darussalam serta Indonesia.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah diberi kepercayaan untuk memimpin beberapa persatuan berkaitan dengan perubatan telinga, hidung dan tekak (THT).
Ini termasuk Presiden Persatuan THT, Kepala dan Leher ASEAN, ahli majlis tertinggi Persatuan THT, Kepala dan Leher Asia-Oceania serta Presiden Persatuan Pakar Bedah THT Malaysia.
Dr. Lokman memasuki UKM sebagai pelajar ijazah pertama perubatan pada tahun 1977, iaitu selepas beliau menamatkan matrikulasinya di Australia.
``Selepas gagal masuk perubatan di Tasmania, Autralia (kerana tiada tempat untuk pelajar asing), saya ditawarkan dalam bidang kejuruteraan di Tasmania, tetapi saya tolak sebab saya minat dalam bidang perubatan.
``Apabila saya balik ke Malaysia, ramai yang menilai saya terkandas di Australia. Saya tidak peduli. Apa yang penting, saya mahu menjadi seorang doktor. Alhamdulillah, akhirnya saya diterima di UKM,'' katanya.
Selepas menamatkan pengajiannya pada tahun 1983 dengan lulus kepujian, Dr. Lokman memulakan tugas sebagai doktor pelatih di Hospital Seremban selama setahun.
Kemudian, minatnya untuk mendalami bidang perubatan mendorong beliau meneruskan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang otorinolaringologi di universiti yang sama.
``Saya memilih kepakaran bidang otorinolaringologi sebab tidak banyak pakar dalam bidang tersebut,'' akui beliau yang kemudian dipilih menjadi pensyarah pelatih di UKM pada tahun 1985.
Dr. Lokman merupakan antara pelajar pertama yang mengikuti pengajian peringkat sarjana pada masa itu memandangkan UKM baru membuka kursus kepakaran pada pertengahan 1980-an.
Oleh kerana UKM sedang berusaha untuk menarik lebih ramai doktor mengikuti pengajian peringkat pakar, beliau telah diarah untuk menduduki peperiksaan di luar negara.
``Jadi pada tahun 1989, saya menduduki peperiksaan di Edinburgh dan lulus tahap pertama. Kemudian saya kembali meneruskan pengajian di UKM sehinggalah saya lulus sebagai pakar pada tahun 1991,'' katanya.
Rezeki Dr. Lokman begitu murah apabila tidak lama selepas itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (THT), UKM.
Walaupun begitu, Dr. Lokman masih belum jemu mendalami ilmu perubatan dan dua tahun kemudian beliau telah mengikuti program fellowship di Harvard Medical School di Boston Amerika Syarikat.
``Setahu saya, saya adalah pelajar Malaysia pertama yang memasuki Harvard Medical School pada masa itu,'' katanya yang mendalami bidang neuro-otologi (kaji saraf telinga).
Pada tahun 1994, beliau kembali ke Malaysia dengan membawa gelaran pakar neuro-otologi pertama di negara ini dan kemudian meneruskan tugas sebagai Ketua Jabatan THT selain doktor pakar di HUKM.
Pada tahun 2000, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UKM dan dua tahun kemudian, beliau menjadi Dekan, iaitu dekan pertama yang datang dari alumni UKM sendiri dan jawatan yang disandang sehingga kini.
Dr. Lokman adalah salah satu bukti kejayaan UKM melahirkan para graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Kini, UKM terus bergerak maju dan memainkan peranan melahirkan graduan-graduan yang berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.

 

Berikut adalah sebahagian daripada alumni UKM yang menjadi kebanggaan semua.

 

Ahli Akademik

1. Prof. Datuk Dr. Mohd Wahid Samsudin 
    (Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM)
2. Prof. Datuk Dr. Abdullah Al-Hadi Muhammed 
    (Fakulti Ekologi Manusia Universiti Pertanian Malaysia (UPM))
3. Prof. Madya Mejar Dr. Abdul Razak Chik 
    (TNC Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM))
4. Prof. Datuk Dr. Abd Hamid A. Hadi 
    (TNC Akademik Universiti Malaya (UM))
5. Prof. Sukiman Sarmani (TNC Akademik UKM)
6. Prof. Dr. Lokman Saim (Dekan Fakulti Perubatan, Hospital UKM)
7. Prof. Madya Abdul Halim Ahmad (TNC HEP UUM)
8. Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah (Timbalan Rektor Akademik 
    dan Penyelidikan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM))
9. Prof. Dr. Ismail Khailani 
    (TNC Pembangunan Universiti Teknologi Malaysia (UTM))

 

Ahli Politik

1. Datuk Dr. Tekhee @ Tiki a/k Lafe  (Timbalan Menteri 
    Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat)
2. Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Timbalan Menteri Kewangan 2)
3. Datuk Abd Rahman Bakar (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
4. Datuk Awang Tengah Ali Hassan 
    (Menteri Penerangan dan Pengurusan Sumber 2 Sarawak)

 

Perkhidmatan Kerajaan

1. Datuk Mustafa Osman (Ketua Pengarah Penjara)
2. Datuk Dr. Adi Taha (Ketua Pengarah Muzium Negara)
3. Brig. Jeneral Datuk (Dr) Sulaiman Abdullah 
    (Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Lumut)
4. Datuk Dr. Nordin Kardi (Ketua Pengarah Biro Tatanegara)
5. Datuk Hamzah Abu Bakar 
    (Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
6. Prof. Datuk Dr. Mustapha Abdul Rahman 
    (Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM))
7. Datuk Dosmi Ibrahim 
    (Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional)
8. Dr. Awang Sariyan 
    (Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP))
9. Datuk Mohd Annuar Zaini 
    (Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama))

 

Korporat

1. Datuk Azmi Abdullah 
    (Pengarah Eksekutif Bumiputra Commerce Bank)
2. Datuk Sri Maharaja Di Raja Zulkepley Dahalan 
    (Pengarah (Setiausaha Koperasi) MOCCIS Berhad)
3. Mat Hairi Ismail (Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Berhad)
4. Hussamuddin Yaacub (Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.)
5. Prof. Datuk Mohd Shukri Ab. Yazid 
    (Pengerusi Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL))

 

Pakar perubatan dan Pembedahan

1. Dr. Wahab Sufarlan 
    (Pakar Respiratory Hospital pakar Ampang Puteri)
2. Dr. Abdullah Sani (Ketua Jabatan ENT, Hospital UKM)
3. Dr. Hamdan Leman (Pakar Bedah Jantung, Institut Jantung Negara)
4. Dr. Leow Hon Keong 
    (Pakar Bedah Orthopaedic, Hospital Pantai Indah)

 

Media, Kesenian dan Kebudayaan

1. Prof. Madya Abd Razak Mohaideen 
    (Pengarah Filem / Pensyarah UiTM)
2. Datuk Wong Chun Wai 
    (Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Star Publication (M) Bhd.)