13/04/2011

Belum berkuasa sudah menipu

Belum berkuasa sudah menipu

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
[email protected]

KUCHING 12 April – Sebuah laman blog, The Real Sarawak mendedahkan terdapat dua versi janji pembangkang kepada rakyat negeri ini yang bertentangan antara satu sama lain.

Menurut blog berkenaan, dalam risalah Suara Sarawak terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dinyatakan bantuan tahunan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas hanyalah RM400.

Katanya, ia bertentangan dengan manifesto pembangkang yang menyatakan nilai bantuan berkenaan adalah RM600 setahun.

Turut dipertikaikan blog tersebut ialah, Suara Sarawak tidak menyatakan terdapat bantuan RM200 untuk kanak-kanak yang memasuki darjah satu sedangkan ia terkandung dalam manifesto pembangkang.

“Manifesto apakah itu? Sana janji RM600, sini janji RM400.

“Tidak konsisten, nampak sangat ia hanya pembohongan semata-mata demi untuk mendapatkan undi,” katanya dalam entri bertajuk ‘Belum bentuk kerajaan sudah berbohong’.

Menurut penulis blog itu lagi, seandainya pembangkang diberi kepercayaan oleh rakyat negeri ini, beliau yakin janji-janji itu tidak akan dipenuhi sebagaimana yang berlaku di Selangor.

Beliau turut menyenaraikan beberapa janji yang masih belum di penuhi kerajaan pembangkang di Selangor, antaranya:

*Memberi bantuan RM75 sebulan kepada setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.

* Memberi bantuan RM50 sebulan kepada setiap anak yang dihantar ke prasekolah.

* Memberi elaun setiap bulan kepada ibu tunggal.

* Memberi elaun bulanan kepada ibu yang memilih untuk berhenti kerja untuk menjaga anak-anak kecil sepenuh masa.

“Semoga rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan janji-janji pembohong yang datang dari Semenanjung untuk menggunakan anda semua bagi tujuan merompak hasil kekayaan negeri ini” tegasnya.

Waktu Solat
[email protected]


[email protected]

[email protected]
Utusan Online on Facebook
[email protected]


Kumpulan Utusan | Hubungi Kami | Jom Iklan | Terma & Syarat
© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.