10/04/2011

BN amal peruntukan sistematik

BN amal peruntukan sistematik

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
z[email protected]


DR. WEE Ka Siong bersama Yong Khoon Seng (tengah) mendengar sesuatu dari calon pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bagi kawasan N13 Batu Kawah, Tan Joo Phoi (kanan) selepas perasmian Bangunan Baru Sekolah SJK Chung Hua Pengkalan Baru, Batu Kawah, semalam.

KUCHING 9 April - Manifesto pihak pembangkang untuk menjanjikan agihan peruntukan yang sistematik di setiap sekolah di Sarawak bukanlah sesuatu yang baru bagi kerajaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, perhatian kerajaan dalam usaha membangun serta meningkatkan kemudahan pendidikan di setiap sekolah merupakan satu komitmen berterusan dan ia bukannya satu isu yang perlu dipolitikkan.

Menurutnya, pemberian peruntukan secara sistematik mengikut keperluan itu telah lama diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

''Sebagai sebuah negeri yang luas, setiap sekolah aliran di Sarawak tidak pernah diketepikan daripada mendapat perhatian kerajaan menerusi pemberian peruntukan bagi membina dan membaik semula sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Pangkalan Baru di sini hari ini.

Bangunan sekolah yang mengandungi sebanyak enam bilik darjah itu siap awal tahun ini dengan kos RM550,000 yang dirasmikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.

Ka Siong menambah, kira-kira 25 peratus pelajar bukan Cina kini bersekolah di 187 sekolah rendah aliran Cina di negeri ini yang mempunyai seramai 60,000 murid.

Waktu Solat



Utusan Online on Facebook


Kumpulan Utusan | Hubungi Kami | Jom Iklan | Terma & Syarat
© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.