09/04/2011

Manifesto pembangkang bagaikan ulangi janji lama

Manifesto pembangkang bagaikan ulangi janji lama


Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Nizar Jamaluddin dan Lim Kit Siang serta calon-calon pakatan pembangkang menunjukkan manifesto yang dilancarkan di Bilik Gerakan PKR di Satok, Kuching, semalam.

KUCHING 8 April - Manifesto pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 bagaikan mengulangi janji lamanya pada pilihan raya umum 2008 yang masih belum dipenuhi khususnya dalam aspek pemberian bantuan kewangan kepada rakyat.

Antara bantuan kewangan yang ditawarkan ialah sumbangan RM200 kepada kanak-kanak yang memasuki darjah satu dan bantuan kebajikan tahunan sebanyak RM600 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Sedangkan bantuan kewangan yang dijanjikan mereka di Selangor seperti elaun kepada suri rumah dan ibu tunggal masih belum dilaksanakan.

Turut 'dikitar semula' ialah penyediaan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) percuma sewaktu perkara yang sama masih gagal dilaksanakan sepenuhnya di Pulau Pinang.

Beberapa perkara dalam manifesto bertemakan "Jom Ubah Sarawak", yang menggariskan 10 dasar itu turut menyamai apa yang telah dilakukan Barisan Nasional (BN) seperti Kebebasan Kepercayaan, Pentadbiran Yang Baik, Hubungan Persekutuan Negeri, Pembasmian Kemiskinan, Kebudayaan dan Pendidikan dan Hak Wanita.

Pelancaran manifesto itu dilakukan serentak di Sibu manakala pelancaran di bandar raya ini dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin

Sementara itu pada majlis yang sama, Pengerusi PKR negeri, Baru Bian yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'kelalan diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan negeri ini.

Waktu Solat



Utusan Online on Facebook


Kumpulan Utusan | Hubungi Kami | Jom Iklan | Terma & Syarat
© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.