KUALA LUMPUR 26 April - Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
PUTRAJAYA 26 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan parti pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi menggunakan dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
WALAUPUN sudah ribuan kali menyertai pilihan raya di negara ini, pembangkang masih lagi berfikiran sempit dan begitu sukar menerima kekalahan. Bagi mereka, kalau kalah ia diakibatkan pembelian undi oleh Barisan Nasional (BN) manakala kalau menang, mereka mendakwa ia menunjukkan BN ditolak oleh rakyat.