21 Januari 2019
15/04/2010

Agong serah watikah pelantikan Anggota MAINPP

Agong serah watikah pelantikan Anggota MAINPP

15/04/2010 3:06pm

KUALA LUMPUR 15 April - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan watikah pelantikan kepada anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Istana Negara di sini, hari ini.

Pelantikan mereka adalah bagi sesi 1 Jan 2010 hingga 31 Dis 2011.

Seri Paduka menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua MAINPP Ellias Zakaria dan Timbalannya Mohd Salleh Man.

Turut dilantik, Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Farizan Darus, Mufti Negeri Datuk Hassan Ahmad dan Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob.

Turut menerima watikah daripada Tuanku Mizan ialah Abdul Aziz Che Yaacob, Abdul Malik Abul Kassim, MD. Hashim Yahaya, Dr Danial Zainal Abidin, Maktar Shapee, Rosidi Hussain, Zainuddin Hanif dan Norhayati Jaafar.

Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Setiausaha MAINPP, Sazali Hussein hadir menyaksikan majlis itu. - Bernama