Untitled Document

   DAFTAR
    Utusan Online   Kumpulan utusan   Hubungi Kami   Jom Iklan!   Arkib Berita    
MENGHARGAI PERKHIDMATAN AWAM

MENGHARGAI PERKHIDMATAN AWAM


TUAN YANG DI-PERTUA,

111. KERAJAAN MENGHARGAI PENINGKATAN PRODUKTIVITI DAN SUMBANGAN KAKITANGAN SEKTOR AWAM KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA* KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MEMBERI BONUS BERSAMAAN SEBULAN GAJI DENGAN MINIMUM SERIBU RINGGIT BAGI TAHUN 2008* BONUS INI AKAN DIBERI DALAM DUA BAYARAN, IAITU PADA BULAN SEPTEMBER DAN DISEMBER, 2008*
 

PERUNTUKAN BAJET 2009


TUAN YANG DI-PERTUA,

112. KEDUDUKAN FISKAL KERAJAAN PERSEKUTUAN BERTAMBAH KUKUH SEMENJAK TUJUH TAHUN YANG LALU, DENGAN DEFISIT KESELURUHAN BERJAYA DIKURANGKAN DARIPADA 5.5 PERATUS DARIPADA K.D.N.K. PADA TAHUN 2000 KEPADA 3.2 PERATUS PADA TAHUN 2007* KEJAYAAN MENGURANGKAN DEFISIT INI TELAH MEMBERI LEBIH FLEKSIBILITI KEPADA DASAR FISKAL KERAJAAN, TERUTAMANYA KETIKA NEGARA MENGHADAPI CABARAN PERSEKITARAN EKONOMI GLOBAL YANG TIDAK MENENTU SERTA PENINGKATAN HARGA BARANGAN*

113. PENGURANGAN TAHAP DEFISIT SEJAK TUJUH TAHUN LALU TELAH MEMBERI RUANG KEPADA KERAJAAN UNTUK MELAKSANAKAN LANGKAH TAMBAHAN BAGI MENGURANGKAN IMPAK PENINGKATAN HARGA KE ATAS RAKYAT* LANGKAH INI TELAH MELIBATKAN PERBELANJAAN TAMBAHAN 22.1 BILION RINGGIT PADA TAHUN INI, TERMASUK 17 BILION RINGGIT BAGI SUBSIDI MINYAK DAN 3.6 BILION RINGGIT BAGI SUBSIDI MAKANAN* SELAIN DARIPADA INI, BEBERAPA SEKTOR UTAMA TELAH DIBERI TAMBAHAN PERUNTUKAN SEJUMLAH 1.5 BILION RINGGIT, TERUTAMANYA PENDIDIKAN, KESIHATAN, KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN DALAM NEGERI*

114. SETELAH MENGAMBIL KIRA HASIL SEBANYAK 161.6 BILION RINGGIT DAN PERBELANJAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SEBANYAK 196.9 BILION RINGGIT, DEFISIT FISKAL DIANGGAR MENINGKAT KEPADA 4.8 PERATUS PADA TAHUN 2008* WALAU BAGAIMANAPUN, KERAJAAN PERCAYA DEFISIT FISKAL YANG TINGGI INI MERUPAKAN KEPERLUAN ONE-OFF DAN KERAJAAN KOMITED UNTUK MENGURANGKAN DEFISIT FISKAL KEPADA 3.6 PERATUS PADA TAHUN 2009*

115. DENGAN STRATEGI DAN PROGRAM YANG TELAH SAYA BENTANGKAN, SAYA MENCADANGKAN, SEJUMLAH 207.9 BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN BAGI BAJET 2009, IAITU 5.1 PERATUS LEBIH TINGGI BERBANDING PERUNTUKAN DIPINDA TAHUN 2008* DARIPADA JUMLAH INI, 154.2 BILION RINGGIT ADALAH BAGI PERUNTUKAN MENGURUS, MANAKALA 53.7 BILION RINGGIT DISEDIAKAN BAGI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN*

116. DI BAWAH PERUNTUKAN MENGURUS, 86.3 BILION RINGGIT ATAU 56.6 PERATUS ADALAH BAGI PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP, 38 BILION RINGGIT UNTUK EMOLUMEN, 26.5 BILION RINGGIT BAGI PERKHIDMATAN DAN BEKALAN, 2.4 BILION RINGGIT UNTUK PEMBELIAN ASET DAN SATU BILION RINGGIT UNTUK PERBELANJAAN LAIN*

117. BAGI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN, BAHAGIAN TERBESAR 27.8 BILION RINGGIT IALAH UNTUK SEKTOR EKONOMI YANG TERDIRI DARIPADA SEKTOR PERTANIAN, PERINDUSTRIAN DAN INFRASTRUKTUR* SEJUMLAH 17.8 BILION RINGGIT DIPERUNTUKKAN KEPADA SEKTOR SOSIAL IAITU PENDIDIKAN, KESIHATAN DAN PERUMAHAN* SEKTOR KESELAMATAN MENERIMA 4.1 BILION RINGGIT DAN PENTADBIRAN 2.1 BILION RINGGIT, MANAKALA BAKINYA DUA BILION RINGGIT ADALAH UNTUK SIMPANAN LUAR JANGKA*
 

PROSPEK EKONOMI TAHUN 2009


118. PERTUMBUHAN EKONOMI BAGI TAHUN 2009 DIJANGKA BERKEMBANG PADA KADAR 5.4 PERATUS* PERTUMBUHAN INI DIDORONG OLEH PERMINTAAN DALAM NEGERI, DENGAN PENGGUNAAN DAN PELABURAN SWASTA MENINGKAT SEBANYAK 6.5 PERATUS DAN 5.8 PERATUS* PERTUMBUHAN JUGA DIJANGKA LEBIH MENYELURUH DENGAN SUMBANGAN POSITIF DARI SEMUA SEKTOR EKONOMI* SUMBER PERTUMBUHAN EKONOMI DIJANGKA MASIH DITERAJUI OLEH SEKTOR PERKHIDMATAN YANG DIJANGKA BERKEMBANG PADA KADAR 6.9 PERATUS* PERTUMBUHAN INI DIDORONG OLEH KERANCAKAN INDUSTRI PELANCONGAN, PENGANGKUTAN, KEWANGAN DAN PERBANKAN SERTA INDUSTRI BERKAITAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI* PERDAGANGAN LUAR NEGARA AKAN TERUS MANTAP DENGAN EKSPORT BERKEMBANG 4.6 PERATUS*

119. PENDAPATAN PER KAPITA DIUNJURKAN MENINGKAT 8.1 PERATUS KEPADA 27,900 RINGGIT DAN DARI SEGI PARITI KUASA BELI BERSAMAAN 17,600 DOLAR AMERIKA* KADAR INFLASI DIJANGKA LEBIH SEDERHANA, BERIKUTAN PELAKSANAAN PELBAGAI LANGKAH KERAJAAN UNTUK MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA*

 


<< Balik ke muka hadapan