saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 17/10/2014

Lima strategi urus dana Baitulmal lebih efektif

IPOH 16 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini mengesyorkan lima strategi untuk mengukuhkan pengurusan dana Baitulmal secara efektif dan dinamik bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi ummah.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin berkata, dana tersebut perlu disalurkan untuk melatih serta membimbing usahawan Muslim supaya berdaya saing seterusnya layak menunaikan zakat perniagaan.

Beliau berkata, latihan kemahiran juga perlu diberikan kepada belia muslim yang tidak layak serta tidak mampu untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi sehingga mereka bebas daripada belenggu kemunduran dan kemiskinan.

"Selain itu, graduan Muslim yang masih menganggur turut perlu dilatih dan dibimbing sehingga mereka menjadi usahawan baharu yang turut mampu menunaikan zakat.

"Begitu juga dengan ibu-ibu muda yang perlu dibimbing dengan kemahiran keibubapaan supaya dapat melahirkan tunas profesional Muslim untuk masa depan.

"Tidak dilupa, usaha melatih pegawai masjid perlu dilaksana supaya mereka berjaya mentransformasikan masjid sebagai pusat kemajuan dan kesejahteraan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sebagai Yang Dipertua MAIPk yang baharu selepas diperkenankan lantikannya oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika mempengerusikan Persidangan MAIPk Kali Ke-188 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Dalam pada itu, Wan Mohd. Zahid turut mencadangkan langkah mentransformasi semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah MAIPk sebagai pusat pengembangan bakat insan mulia.

Menurut beliau, langkah tersebut selari dengan usaha menterjemah visi dan misi MAIPk ke arah menjadi institusi Islam yang syumul sekali gus memacu kemajuan dan kesejahteraan ummah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

"Apa jua tindakan kita, impaknya hendaklah mendatangkan perbezaan yang positif. Kalau kita berpegang pada prinsip bahawa kerja merupakan suatu ibadah, maka kita akan mendakap prinsip ini dengan penuh rasa insaf.

"Sehubungan itu, beberapa aspek yang boleh kita amalkan bersama ialah mengadakan perbincangan mendalam mengenai sesuatu perkara bagi mencapai keputusan yang berkualiti. Selain berpegang pada integriti tinggi, segala kerja juga harus dilaksana secara cekap dan pantas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.