saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 16/10/2014

USM kaji bidang Kearifan Tempatan

Omar Osman

PULAU PINANG 15 Okt. - Universiti Sains Malaysia (USM) memulakan inisiatif memperkasakan penyelidikan dan jaringan kerjasama dalam bidang Kearifan Tempatan melalui rangkaian Pengetahuan Tempatan ASEAN (ALKN).

Inisiatif itu berusaha menggabungkan kepakaran penyelidik bidang kearifan tempatan di rantau ASEAN bertujuan mencari pendekatan holistik berkaitan keunikan ilmu, adat, budaya dan nilai masyarakat untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman berkata, melalui ALKN penyelidik-penyelidik di rantau ASEAN dapat berkongsi kepakaran mengkaji kepelbagaian nilai kearifan tempatan yang dimiliki termasuk kekayaan adat dan budaya yang masih dipraktikkan masyarakat Melayu di sekitar rantau ASEAN.

Menurut beliau, sudah tiba masanya cendekiawan di negara-negara ASEAN duduk semeja berbincang dan mencari inisiatif bagi menyatukan ilmu, adat, budaya dan amalan turun-temurun yang dipraktik masyarakat dahulu hingga sekarang untuk digembleng bersama bidang akademik.

Bercakap dalam perjumpaan dua hala bersama penyelidik-penyelidik dari Malaysia dan Indonesia baru-baru ini, Omar yang juga Penaung Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2014 berharap ALKN mampu menjadi sumber utama rujukan dan jaringan negara ASEAN bagi meningkatkan nilai kearifan tempatan yang dimiliki di rantau ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.