saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 16/10/2014

Puting beliung: Penduduk masih trauma

SALAH sebuah rumah penduduk rosak akibat puting beliung yang melanda Kampung Alor Besar di Pendang, Kedah, kelmarin.

PENDANG 15 Okt. - Penduduk di Kampung Alor Besar di sini masih lagi dalam keadaan trauma apabila mengenangkan kejadian puting beliung yang melanda kampung mereka semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui menceritakan pengalaman cemas masing-masing ketika berdepan dengan angin pusaran puting beliung yang disifatkan seperti mahu membaham kampung mereka itu.

Difahamkan, murid-murid Sekolah Kebangsaan Alor Besar yang turut mengalami kerosakan pada bahagian bumbung juga diarahkan pulang pada pukul 9.30 pagi hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dijalankan dan sukaneka yang dijadualkan berlangsung pagi ini turut ditunda ke tarikh lain.

Seorang mangsa, Norsila Aziz, 24, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik di rumahnya bersama dua anaknya, Mohd. Irfan Mohd. Hafiz, dua tahun dan Nur Aishah Dayana, empat bulan manakala suaminya, Mohd. Hafiz Abu Bakar berada di kawasan sawah.

"Saya dengar bunyi angin yang sangat kuat dan angin tersebut menerbangkan zink, kayu dan bahagian bumbung rumah saya.

"Saya peluk kuat anak-anak saya dan dalam ingatan hanya ingin mahu segera lari menyelamatkan anak-anak. Saya bersyukur kerana anak-anak saya selamat tetapi saya masih takut apabila terdengar bunyi angin kuat," katanya ketika ditemui di Kampung Alor Besar di sini hari ini.

Menurutnya, selepas angin itu reda dia keluar menuju ke rumah ayahnya yang terletak 200 meter dan ternampak bumbung serta bahagian atas rumah pusaka yang baru setahun didudukinya itu rosak teruk.

Seorang lagi penduduk, Rejab Ahmad, 64, berkata, dia berada di kawasan sawah berhampiran rumahnya ketika angin puting beliung itu melanda.

''Angin tersebut amat dekat dengan saya, air di dalam sawah menjadi kering apabila angin tersebut lalu, bunyinya sangat kuat seperti bunyi mesin membajak sawah dan tingginya hingga mencapai langit.

''Saya lari menyelamatkan diri dan dalam ingatan saya hanya akan lari menyorok ke dalam parit jika angin tersebut menghampiri saya,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Che Minah Bakar, 64, berkata, angin puting beliung yang berwarna hitam itu lebih tinggi daripada pohon kelapa dan berwarna hitam.

"Angin tersebut membawa bersamanya zink, kayu dan mencabut apa sahaja yang berada di laluannya. Saya berdoa dan membaca surah-surah al-Quran yang saya tahu lalu dengan harapan angin tersebut reda," jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, sekurang-kurangnya 10 rumah di Kampung Alor Besar termasuk sebuah sekolah mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian bumbung dan dinding setelah diterbangkan puting beliung tersebut selain dihempap pokok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.