saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 15/10/2014

RM70,000 untuk pembinaan semula surau, madrasah di Kemboja

PERMATANG PAUH 14 Okt. - Umat Islam di Kemboja mendapat perhatian apabila Nasmir Holdings (PP) Sdn. Bhd., memperuntukkan sebanyak RM70,000 untuk pembinaan semula surau dan madrasah di Preaksaman Kretie, Phnom Penh di Kemboja.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengarah Urusan Nasmir Holdings, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak kepada wakil Kemboja di sini, Mohd. Zaki Hashim.

Kadhar Shah yang juga pemilik rangkaian restoran Nasmir Nasi Kandar berkata, pembinaan surau dan madrasah berkenaan amat diperlukan oleh umat Islam di Kemboja.

"Hasrat untuk menderma bagi membela umat Islam di Kemboja telah ada dalam perancangan saya sejak tiga tahun lalu.

"Surau dan madrasah itu akan mula dibina bulan depan dan akan dapat disiapkan dalam tempoh empat bulan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said yang menerima Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) di sini malam tadi.

Kadhar Shah berkata, sebahagian dari madrasah itu akan digunakan untuk pelajar menginap di situ membabitkan kira-kira 40 pelajar termasuk anak yatim berumur enam hingga 20 tahun.

Selain itu, Nasmir juga menyampaikan cek berjumlah RM25,000 kepada Aman Palestin Pulau Pinang untuk membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.