saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 15/10/2014

Perak terus lonjak pelancongan

NOLEE Ashilin Mohammed Radzi (tengah) beramah mesra dengan peserta Perbincangan Intelektual Royal Belum di Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 14 Okt. - Kerajaan negeri kini dalam perancangan membangunkan pelan pelancongan Perak secara keseluruhan selama lima tahun bermula 2016 sehingga 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pelan tersebut turut merangkumi pembangunan Hutan Royal Belum sebagai destinasi penyelidikan dan pelancongan bertaraf dunia.

"Daripada segi promosi dan pemasaran Royal Belum, kita tidak mempunyai strategi terancang dalam menentukan segmen yang ingin disasarkan dan bagaimana kita ingin memperkenalkan khazanah alam kita kepada dunia.

"Saya berharap kita semua tidak melihat Royal Belum dalam konteks berasingan, tetapi sebagai produk pelancongan yang dapat mempromosikan negeri Perak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Perbincangan Intelektual Royal Belum melibatkan pemain-pemain industri pelancongan negeri yang dianjurkan bersama Persatuan Pelancongan Negeri Perak, Tourism Perak dan Yayasan Pulau Banding.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Perak, Mohd. Odzman Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil kira beberapa cadangan yang dikemukakan merangkumi pembangunan harta intelek (IP) terutamanya daripada segi penyelidikan di Royal Belum.

Selain itu, potensi penemuan dan komersialisasi produk baharu berasaskan sumber biologi seperti herba menerusi 'bioprospecting' turut boleh dikaji.

"Kita juga sedar mengenai isu penguatkuasaan melibatkan keselamatan 'house boat' dan kekurangan koordinasi melibatkan pihak berkuasa.

"Untuk pengetahuan semua, kita sudah pun mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Bersepadu Pelancongan Hulu Perak yang baru sahaja ditubuhkan bulan lalu, jadi, kita berharap semua masalah ini akan dapat diselesaikan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.