saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 14/10/2014

Wujudkan ekosistem bersepadu

Zambry Abd. Kadir

LUMUT 13 Okt. - Pemain industri pelancongan di Pulau Pangkor disaran supaya bekerjasama mewujudkan satu ekosistem bersepadu di pulau peranginan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ekosistem dalam industri pelancongan ialah dengan mewujudkan rantaian kerjasama dalam kalangan pengusaha hotel dan resort juga pengusaha gerai dan restoran di pulau itu.

Beliau berkata, mereka pastinya lebih arif dengan aktiviti pelancongan kerana lebih dekat dengan pelancong dan memahami keperluan ekosistem dalam industri itu.

"Ekosistem bersepadu yang saya maksudkan adalah penglibatan daripada semua industri pelancongan yang ada di sini kerana dengan kerjasama sesama mereka mampu naikkan nama pulau ini dalam peta pelancongan antarabangsa," katanya.

Beliau berucap merasmikan Malam Penghargaan Penggiat Industri Pelancongan Pulau Pangkor 2014 anjuran Persatuan Hotel dan Resort di Arena Pangkor di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashlin Mohamed Radzi dan Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Sejumlah 39 pengusaha hotel dan resort Pulau Pangkor diraikan dalam majlis ini dan menerima plak serta sijil penghargaan bagi menghargai usaha mereka dalam sektor pelancongan di Pulau Pangkor.

Dr. Zambry turut meminta semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan di pulau itu supaya bersama-sama memainkan peranan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai destinasi bertaraf antarabangsa.

Menurut beliau, mereka perlu berfikir di luar kotak untuk sama-sama majukan sektor pelancongan yang menjadi antara sumber utama ekonomi negara.

Kata beliau, taraf antarabangsa bukan bermaksud mewujudkan bangunan pencakar langit atau hotel lima bintang tetapi aspek yang lebih penting ialah penjagaan alam semulajadi.

Jelas beliau, Kebersihan merupakan kunci utama kepada kemajuan sesebuah tempat pelancongan kerana ini akan mencerminkan imej dan peribadi masyarakat di kawasan terbabit.

"Saya ambil contoh di Pulau Bali. Semua pihak di sana amat menitikberatkan aspek kebersihan pantai dan sama-sama mengekalkan nilai semulajadi pulau tersebut.

"Saya mahu pengusaha dan masyarakat di Pangkor bersatu dan bertanggungjawab dengan menerapkan aspek penjagaan kebersihan di sini, sama seperti di Bali," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.