saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 12/10/2014

Usahawan digesa dapatkan sijil Mesti

MOHD. Nizar Zakaria menyampaikan sijil Mesti kepada seorang penerima sewaktu Karnival Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama di Agromall RTC Gopeng, Perak, semalam. - MINGGUAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

GOPENG 11 Okt. - Kerajaan negeri berharap lebih banyak usahawan di negeri ini tampil memohon untuk mendapatkan sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (Mesti) berbanding cuma 60 syarikat yang memiliki sijil tersebut ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria berkata, sijil pengiktirafan Mesti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan membuka ruang kepada usahawan untuk memajukan perniagaan mereka.

Menurut beliau, dalam masa sama, usahawan diminta supaya tidak hanya memikirkan produk mereka berlegar di pasaran tempatan sebaliknya berfikir sehinga ke pasaran antarabangsa.

"Saya menyeru kepada usahawan supaya mereka tampil ke depan dan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sijil Mesti ini demi kebaikan produk mereka.

"Sijil Mesti juga lain-lainnya pengiktirafan seperti sijil Halal membuka ruang untuk produk mereka lebih diterima oleh masyarakat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama di Agromall Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, 37 syarikat menerima anugerah sijil Mesti.

Mengikut statistik, setakat ini cuma 1,164 syarikat di seluruh negara yang memiliki sijil Mesti.

Sementara itu, mengenai Bajet 2015 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Mohd. Nizar berkata, tujuh teras yang digariskan dalam pembentangan tersebut bertujuan mensejahterakan rakyat.

Beliau berkata, fokus kepada usaha meringankan beban rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup yang diumumkan dalam Bajet 2015 adalah seiring dengan usaha memajukan ekonomi negara.

Menurut beliau, Bajet 2015 bertepatan dengan keperluan semasa ketika negara berada pada penghujung pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Bajet tahun depan membolehkan rakyat berada dalam kesejahteraan yang mana semua perbelanjaan adalah mengikut keperluan semasa kerana negara kini menuju RMK-11 mulai tahun depan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.