saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 14/10/2014

32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan

KOTA BHARU 13 Okt. - Sebanyak 32,777 pelajar tingkatan tiga di negeri ini menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Hussain Awang berkata, kesemua calon berkenaan menduduki ujian tersebut di 240 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, sehingga kini ujian tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang besar.

"Sebanyak 1,562 petugas peperiksaan melibatkan guru sekolah telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan," katanya dalam satu kenyataan dekat sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lil Banat di sini mendapati pe­periksaan itu berjalan dengan lancar biarpun PT3 pertama kali diperkenalkan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pengetua sekolah tersebut, Maimunah Ismail berkata, seramai 195 calon di sekolah ini akan menduduki ujian tersebut.

"Semua soalan dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pada ujian PT3 ini pelajar akan diawasi oleh kami (guru) sendiri.

"Saya berharap mereka dapat menjawab peperiksaan tersebut dengan baik biarpun pertama kali diperkenalkan," katanya.

Dalam pada itu, seorang calon, Nur Aziera Azahari, 15, berkata, dia agak gementar untuk menduduki ujian bagi kertas Matematik dan Bahasa Melayu pada hari ini.

Namun katanya, dia telah mencuba yang terbaik untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

"Saya yakin dapat mencapai keputusan 9A memandangkan pada peperiksaan percubaan, saya mendapat 6A.

"Saya merancang untuk meneruskan pelajaran dalam aliran sains selepas ini," katanya.

Rakannya, Nurul Amalin Abdul Rahim, 15, memberitahu, PT3 ini menguji minda pelajar kerana terdapat dua hingga tiga soalan berkait dengan kemahiran berfikir aras tinggi.

"Bagaimanapun saya gembira kerana tetap dapat menjawab soalan tersebut memandangkan sebelum ini saya telah bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran," katanya yang berharap mendapat keputusan cemerlang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.