saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 14/10/2014

5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran

KOTA BHARU 13 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengeluarkan 5,894 notis melibatkan kesalahan berkaitan cermin gelap dan nombor plat pendaftaran kenderaan bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Pengarahnya, Abd. Ghani Che Kassim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,949 notis melibatkan kesalahan cermin gelap dan baki 3,945 notis lagi bagi kesalahan nombor plat.

"Jumlah ini menunjukkan pe­ningkatan memandangkan sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,750 notis dikeluarkan untuk kesalahan cermin gelap dan 3,388 notis (nombor plat).

"Notis yang dikeluarkan termasuk saman serta kompaun maksimum RM300 bagi setiap kesalahan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abd. Ghani berkata, peraturan baharu bagi cermin gelap yang diumumkan dan bakal dikuatkuasakan bermula 1 November ini diharap dapat mengurangkan jumlah kes melibatkan kesalahan tersebut.

"Peraturan baharu ini mengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991.

"Berdasarkan peruntukan tersebut, kadar ketelusan cahaya yang ditetapkan adalah sebanyak 70 peratus bagi cermin depan, 50 peratus cermin sisi pemandu, 30 peratus cermin sisi penumpang belakang dan 30 peratus bagi cermin belakang," katanya.

Tambah beliau, pihak JPJ kini dalam usaha memberi pendidikan kepada orang ramai tentang peraturan baharu tersebut sebelum dikuatkuasakan.

"Sepanjang bulan ini, kita akan memberi pendi­di­kan menerusi pemberian notis peringatan kepada pesalah-pesalah berkaitan nombor plat pendaftaran, pemasangan lampu aksesori serta cermin gelap.

"Selain notis peringatan, kita turut mengedarkan risalah sebagai rujukan kepada orang ramai," katanya.

Menurut beliau, sehingga kini, sebanyak 416 notis peringatan telah dikeluarkan kepada pesalah sejak awal bulan ini

"Saya berharap, cara pendidikan ini mampu meningkatkan pematuhan orang ramai terhadap penguatkuasaan peraturan baharu yang telah ditetapkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.