saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 10/10/2014

Rawat segera masalah katarak elak buta

Lau Lee (kanan) meletakkan replika 'mata' sebagai tanda perasmian sambil disaksikan Norhizan Ismail (kiri) dalam penutupan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2014 peringkat negeri Pahang di Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 9 Okt. - Rakyat khususnya yang mengalami kompilasi penyakit kencing manis perlu kerap membuat rawatan pemeriksaan mata di Klinik Katarak 1Malaysia (KK1M) ataupun hospital kerajaan untuk mengesan masalah yang boleh menyebabkan buta.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, kemudahan disediakan di KK1M dan hospital kerajaan membolehkan rakyat terutama yang berpendapatan rendah mendapat rawatan yang murah serta percuma berbanding di hospital swasta.

Menurutnya, dianggarkan terdapat lebih 300,000 rakyat di negara ini menghadapi masalah katarak yang menjadi antara punca utama seseorang itu buta.

"Kita dimaklumkan oleh kementerian berkenaan dan pakar mata bahawa 80 peratus pesakit yang mengalami katarak berjaya melakukan pembedahan dalam tempoh 16 minggu.

"Dengan adanya KK1M serta kepakaran di hospital kerajaan di negeri ini mampu memberi kemudahan kepada rakyat tentang kesedaran mencegah buta yang berpunca daripada katarak, rabun dan retina," katanya dalam penutupan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2014 peringkat negeri di sini baru-baru ini.

Teks ucapan Norol Azali dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.

Yang turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail.

Norol Azali berkata, KK1M turut menyediakan kemudahan pembedahan yang kosnya adalah murah dan berpatutan iaitu hanya RM130 untuk sebelah mata.

"Ini berbanding dengan kos pembedahan sama di hospital swasta, pesakit terbabit memerlukan perbelanjaan antara RM3,000 hingga RM4,000," katanya.

Sementara itu, Norhizan berkata, KK1M Zon Timur yang merangkumi Pahang, Kelantan dan Terengganu turut menyediakan kemudahan bas bergerak dan kelengkapan rawatan katarak.

"Bagaimanapun, pesakit katarak yang mengalami komplikasi lain akibat kencing manis lebih baik segera mendapatkan rawatan di hospital kerajaan untuk mengelakkan supaya tidak menjadi buta," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat iaitu menjaga pemakanan yang betul, melakukan senaman dan mengelakkan tekanan bagi mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.