saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 10/10/2014

800 pelajar 15 sekolah sertai program Nadwah Qiyadi

PEKAN 9 Okt. - Seramai 800 pelajar dari 15 sekolah menengah di daerah Kuantan dan Pekan menyertai program Nadwah Qiyadi di Dewan Utama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di sini baru-baru ini.

Program berkenaan merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Yang Dipertua Yadim, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program sehari itu bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.

"Program ini dilaksanakan dalam usaha melahirkan pemimpin muda masa depan yang berjiwa holistik dari segi jasmani dan intelektual serta beridealisme Islam dinamik, progresif dan berwawasan.

"Selain itu, program ini yang kita telah mulakan sejak Mei lalu juga bertujuan memupuk nilai-nilai kepimpinan dan cetusan nilai pendakwah dalam kalangan generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program Nadwah Qiyadi peringkat negeri Pahang yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Dakwah Islamiah negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Yang turut hadir Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani.

Asyraf Wajdi berkata, sehingga kini program berkenaan telah dilaksanakan di lima negeri iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Pahang.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Yadim kerana menganjurkan program itu di negeri ini.

"Program ini (Nadwah Qiyadi) saya lihat amat baik bagi mencorak kepimpinan dalam kalangan generasi muda hari ini bermula dari peringkat sekolah lagi.

"Saya ucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih dan berharap mereka akan mengambil iktibar daripada program ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.