saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 09/10/2014

Ketatkan kawalan di Sungai Golok

KOTA BHARU 8 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan menggesa pihak keselamatan supaya memperketat kawalan di Sungai Golok bagi mengelak kejadian bot terbalik yang mengorbankan tiga nyawa Sabtu lalu berulang lagi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, pihaknya juga mahu supaya pihak berkuasa tidak membenarkan penduduk di negara ini dan Thailand menyeberang sungai tersebut tanpa mengikut laluan yang sah.

Beliau berkata, penduduk yang hanya memiliki dokumen perjalanan serta melalui pintu sempadan yang sah sahaja dibenarkan untuk berulang-alik ke dua-dua negara ini.

Menurutnya, sepatutnya pihak berkuasa yang telah diberi tugas perlu sentiasa mengawal sebaik mungkin kawasan sempadan terutama bagi menjamin keselamatan nyawa rakyat kita yang berulang-alik, ketatkan lagi kawalan daripada membiarkan mereka menyeberang tanpa dokumen sah.

"Malah kita tidak tahu pemilik-pemilik bot di sempadan ikut peraturan atau tidak, saya dapat makluman (tragedi Sabtu) disebabkan mereka memuatkan penumpang lebih daripada sepatutnya.

"Ini menyebabkan tragedi apabila arus deras. Kita harap pihak berkuasa yang telah diberi tugas mengambil peranan supaya perkara ini tidak berulang lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan di sini hari ini.

Sabtu lalu, seorang wanita Rosmiwati Zakaria, 37, dan dua anaknya, Wan Nurdina Nadia Wan Ahmad Azli, 10 dan Wan Nur Habib Naufal 6, dihanyutkan arus deras selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Golok, Rantau Panjang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.55 petang itu, perahu yang dinaiki tiga beranak itu bersama-sama 12 ahli keluarga yang lain sedang menghala ke Kampung Bukit Lata dari Pasar Mundok, Thailand sebelum terbalik.

Di sempadan negeri ini hanya terdapat tiga pintu masuk Malaysia-Thailand yang sah iaitu Rantau Panjang, Pasir Mas; Pengkalan Kubor, Tumpat dan Buketa, Jeli.

Bagaimanapun terdapat beratus pangkalan haram yang digunakan oleh penduduk kedua-dua negara untuk berulang alik tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu, Ahmad berharap pembentangan Bajet 2015 Jumaat ini akan mengandungi berita baik untuk rakyat, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Beliau berkata, Bajet 2015 harus memfokus kepada usaha membela rakyat yang semakin tertekan berikutan kenaikan harga minyak dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan.

"Secara kasarnya kita tidak tahu apa yang akan dibentang, walau bagaimanapun kita berharap Bajet 2015 akan memberi kebaikan kepada rakyat terutamanya apabila berhadapan dengan GST dan kenaikan harga minyak.

"Kita berharap ada berita baik kepada rakyat, khususnya golongan sederhana, apa yang penting adalah pembelaan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.