saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

Messi kejar rekod menjelang El Clasico

BARCELONA - Lionel Messi berpeluang untuk menjadi penjaring terbanyak La Liga sepanjang zaman pada sambutan ulang tahun ke-10 bersama Barcelona.

Penyerang sensasi Argentina itu membuat penampilan pertama pada usia 17 tahun ketika Barcelona menca­tatkan kemenangan 1-0 ke atas Espa­nyol pada 16 Oktober 2004.

"Saya berterima kasih kepada semua ahli keluarga saya, kawan-kawan, rakan sepasukan dan kakitangan FC Barcelona atas sokongan mereka dalam tempoh 10 tahun yang menakjubkan ini.

"Saya sentiasa seronok ber­ada di padang, memakai jersi ini (Barcelona), melalui detik-detik indah dan saya secara konsis­tennya berusaha untuk lebih baik lagi dan menang lebih ba-nyak gelaran dengan pasukan saya. Pelukan untuk semua!," katanya dalam akaun Facebook.

Kini dia sedang membuat persediaan untuk berdepan Eibar di Camp Nou dan memerlukan hanya dua gol untuk menyamai rekod 251 jaringan Telmo Zarra yang dilakukan pada 1950-an.

Messi kini berada pada prestasi terbaik untuk membantu skuad dari Catalonia itu terus berada di puncak La Liga selepas mencatat enam kemenangan dan satu seri dalam tujuh perlawanan pertama.

Mereka kini memiliki kelebihan dua mata di atas Valencia dan hanya dibolosi satu gol. Barca mahu mengekalkan rentak permainan cemerlang untuk pertemuan menentang Eibar sebelum bertemu Real Madrid bagi pertemuan El Clasico pertama musim ini.

"Untuk beraksi dengan cemerlang dalam pertemuan El Clasico, kami perlu menang perlawanan hari ini.

"Sekiranya kami tidak menang perlawanan ini, kami akan berdepan kesukaran untuk bertemu Madrid.

"Eibar memiliki rekod cemerlang di laman sendiri dan di tempat lawan. Sekiranya kami tidak memberi tumpuan sepenuhnya, perlawanan ini akan menjadi sukar," kata bek kanan, Jordi Alba.

Sementara itu Eibar berharap, fokus Barcelona yang dibimbing oleh Luis Enrique akan terganggu kerana pasukan tersebut juga perlu mempersiapkan diri menghadapi Madrid, selain Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara, minggu depan. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.