saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 17/10/2014

Ozil main kayu tiga?

MESUT Ozil didakwa berlaku curang kepada Mandy Capristo.

LONDON - Bintang Arsenal, Mesut Ozil sekali lagi mencuri tumpuan apabila dituduh menipu teman wanitanya yang merupakan seorang selebriti terkemuka, Mandy Capristo apabila didapati mempunyai hubungan sulit bersama bekas teman wanita rakan senegaranya.

Kisah percintaan tiga segi tersebut didedahkan oleh bekas pemain Bayern Munich dan Hertha Berlin, Christian Lell yang menuduh Ozil pernah mengganggu hubungannya bersama bekas teman wanitanya itu, Melanie Rickinger.

Dalam sesi temubual bersama Bild, Lell menggambarkan bekas teman wanitanya itu lidah bercabang apabila memberitahu mereka sering bertukar mesej intim menerusi pesanan ringkas menggunakan WhatsApp.

"Ozil mengeksplotasikan kemasyhurannya malah mengganggu hubungan kami. Ini tidak OK," kata Lell.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut Ozil mengambil keputusan untuk berdiam diri.

"Kami tidak mahu memberi komen terhadap perkara ini. Kami akan perhatikan situasi ini dan akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya perlu," kata agen pemain itu Roland Eitel.

Sementara itu bekas teman wanita Lell, Rickinger berkata bekas teman lelakinya itu sebagai seorang yang gila malah tidak menafikan mengadakan skandal tersebut namun menegaskan Lell membaca mesejnya itu tanpa kebenarannya.

"Saya sudah memadam semua mesej itu dalam telefon saya. Dia patut pergi meninggalkan saya dan dia seorang yang gila," katanya lagi.

Dalam pada itu, teman wanita Ozil, Capristo enggan memberi sebarang komen. Penyanyi tersebut yang kini menetap bersama Ozil di London dan merupakan seorang juri XFactor dalam sebuah rancangan realiti bintang pencarian Jerman.

Capristo dijangka melancarkan album baharu dan sebelum ini dia bertegas untuk tidak menerima sebarang idea untuk menjadi WAG (wife and girlfriend, yang bermaksud isteri dan teman wanita kepada bintang sukan terkenal).

"Anda tidak akan berkata kepada pasangan pemain tenis itu sebarangan kerana itu satu perbuatan yang tidak kurang sopan. Jadi apabila orang berkata saya hanyalah WAG, saya tidak peduli. Saya hormat diri sendiri dan kerja saya dan tidak memikirkan pandangan masyarakat terhadap saya," katanya. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.