saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 17/10/2014

Suarez terima anugerah Kasut Emas

LUIS Suarez (tengah) bergaya untuk jurugambar bersama isterinya Sofia Balbi dan bekas pengurus Liverpool, Kenny Daglish selepas menerima Kasut Emas 2014, yang dianugerahkan kepada penjaring terbanyak pertandingan di Eropah semalam. - AFP

BARCELONA - Luis Suarez semalam menerima anugerah Kasut Emas daripada Kenny Dalglish, dan menyifatkan majlis itu satu detik yang indah.

Suarez, yang meninggalkan Liverpool pada musim panas ini untuk menyertai Barcelona dengan harga 75 juta pound (RM395 juta) berkongsi anugerah penjaring gol terbanyak Eropah dengan Cristiano Ronaldo.

Menerima anugerah tersebut daripada Dalglish di Barcelona, Suarez berkata, dia telah pun bersedia untuk melakukan penampilan sulung bersama Barcelona, selepas menjalani penggantungan selama empat bulan kerana menggigit pemain lawan sewaktu Piala Dunia yang lalu.

Suarez, yang beraksi dalam dua perlawanan persahabatan dengan Barcelona dijangka beraksi buat kali pertama dalam pertemuan El Clasico di Real Madrid, Sabtu minggu depan.

"Detik ini amat indah. Saya sudah bersedia untuk bermain. Saya sering melakukan perkara sama, berseronok dan memberikan yang terbaik. Sesuatu yang istimewa membuat kemunculan sulung menentang Madrid.

"Melakukan penampilan untuk Barcelona di Bernabeu memang istimewa. Saya berasa yakin selepas dua aksi persahabatan dan saya kini berada di tahap 100 peratus. Saya menyertai sebuah kelab yang saya idamkan selama ini. Terima kasih Barcelona kerana memenuhi impian saya itu.

"Saya tidak akan memenangi trofi ini jika tidak kerana bantuan rakan sepasukan," kata Suarez yang menerima anugerah tersebut daripada legenda Liverpool, Dalglish.

Sementara itu, ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard melalui kiriman mesej video memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

"Saya meminta maaf kerana saya tidak dapat bersama Luis hari ini (semalam), tetapi saya mengucapkan tahniah kepadanya daripada kami di Liverpool. Anda merupakan pemain majis di Liverpool. Barcelona amat bertuah. Selamat maju jaya, sahabat. Kami amat merindui anda," kata Gerrard.

Suarez meledakkan dua gol untuk Uruguay sewaktu perlawanan menentang Oman, Isnin lalu sebaik selesai menjalani hukuman penggantungan selama empat bulan.

Penyerang itu menjaringkan 31 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool musim lepas dan berkongsi anugerah tersebut dengan Ronaldo yang turut meledakkan jumlah gol sama untuk Real Madrid. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.