saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 16/10/2014

Gol O'Shea ikat Jerman

BEK tengah Ireland, John O'Shea (kanan) berjaya menewaskan pejaga gol Jerman, Manuel Neuer (kiri) untuk gol penyamaan pasukannya sewaktu aksi kelayakan Euro 2016 Kumpulan D di Gelsenkirchen, semalam. - REUTERS

GELSENKIRCHEN - John O'Shea meraikan penampilannya yang ke-100 di pentas antarabangsa dengan meledak gol penyamaan pada minit terakhir permainan untuk membantu Ireland mengikat Jerman 1-1 dalam kelayakan Euro 2016 semalam.

Jerman mendahului 1-0 di Gelsenkirchen menerusi jaringan Toni Kroos, sebelum O'Shea melepaskan rembatan yang membolosi gawang juara dunia itu.

Keputusan itu sekali gus menambah tekanan ke atas Jerman yang kini berada di tempat keempat Kumpulan D, berkongsi empat mata dengan Scotland, sementara Ireland mengumpul tujuh mata bersama pendahulu kumpulan, Poland yang hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

"Jerman memiliki banyak peluang. Dalam 10 minit terakhir, kami berharap dapat melakukan sesuatu untuk mencari gol penyamaan. Akhirnya, penjaga gol terbaik dunia berjaya dibolosi. Ini detik yang hebat.

"Kami memiliki semangat juang yang tinggi, kami tidak mahu pulang dengan kekalahan," kata O'Shea.

Tiga bulan selepas memenangi Piala Dunia, Jerman gagal mempamer tahap permainan sebenar ekoran dihimpit masalah kecederaan dan persaraan pemain senior. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.