SUKAN LUAR NEGARA
ARKIB : 15/10/2014
Hodgson pertikai kaedah Rodgers
LONDON - Pengurus England, Roy Hodgson sengaja mengambil risiko mencetuskan persengketaan dengan Brendan Rodgers apabila mengkritik kaedah pengurus Liverpool itu untuk memastikan Raheem Sterling kekal cergas.
Hubungan Hodgson dengan Rodgers sekali lagi menjadi perhatian umum apabila dia mendakwa pemain tengah Liverpool, Raheem Sterling meminta dikecualikan daripada skuad England sewaktu melakar kemenangan 1-0 di Estonia kerana keletihan.
Tidak lama selepas mendedahkan perbualannya dengan Sterling, Hodgson memberitahu Rodgers yang dia perlu melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan pemain berusia 19 tahun itu tidak mengalami masalah keletihan fizikal dan mental.
Pengurus berusia 67 tahun itu mengkritik salah satu kaedah yang diguna pakai Rodgers bagi memastikan para pemainnya yang memiliki kelajuan, mungkin termasuk Sterling, untuk kembali pulih sepenuhnya selepas perlawanan.
Bulan lalu Rodgers mendedahkan bahawa dia percaya dengan memberikan rehat selama dua hari kepada pemain-pemain berkenaan selepas perlawanan dapat membantu meredakan tekanan dan ketegangan yang dialami tubuh mereka.
Pengendali Liverpool itu telah melahirkan rasa kecewanya terhadap keengganan Hodgson untuk menggunakan kaedah tersebut ke atas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge bulan lalu selepas pemain itu cedera otot paha sewaktu melakukan pecutan ketika sesi latihan bersama skuad England.
Difahamkan Rodgers turut memberikan rehat dua hari kepada Sterling selepas perlawanan kerana dia berpendapat, cara tersebut dapat membantu pemain-pemainnya yang laju dapat mengembalikan tahap kecergasan terbaik mereka.
Namun Hodgson berkata, tiada bukti kukuh yang menunjukkan program tersebut memberi manfaat sepenuhnya kepada para pemain untuk kembali pulih.
"Raheem mungkin berkata sudah menjadi amalannya untuk memaklumkan kepada jurulatih tentang keletihan yang dialami. Tetapi kami tidak pernah berdepan sebarang masalah sedemikian.
"Saya tidak rasa terdapat bukti dari segi perubatan yang menyokong dua hari rehat mampu mengembalikan tahap kecergasan pemain. Jadi, jika anda bertegas dengan pendapat tersebut, anda perlu melakukan kajian terlebih dahulu.
"Skuad Jerman yang anda begitu kagumi, mereka tidak berbuat demikian. Itu sudah pasti. Saya harap para pemain tidak mengambil kesempatan apabila ada kepercayaan tentang kaedah tersebut," kata Hodgson. - AFP
'Semua orang nak jatuhkan Chelsea'
Messi kejar rekod menjelang El Clasico
Pochettino buat Spurs lebih gagah - Lampard
Suarez terima anugerah Kasut Emas
Serbia kutuk insiden di Stadium Partizan
Ozil main kayu tiga?
Ronaldo atlet pertama kumpul 100 juta peminat di Facebook
Ronaldo muncul wira Portugal
Perlawanan Serbia, Albania kecoh
Gol O'Shea ikat Jerman
Belanda pula terima kejutan
Hodgson pertikai kaedah Rodgers
Bianchi akan terus melawan - Bapa
Sentuhan maut Suarez tak hilang
Costa akhiri kemarau gol
Prestasi Three Lions tidak cukup yakinkan penyokong
Ozil mahu tinggalkan Gunners
Poland kejutkan juara dunia
Hamilton takluk GP Rusia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












